…tapi buntu tak tahu bagaimana nak bermula?
Jom saya kongsikan pengalaman saya sebagai penternak kambing. Bermula secara kecil-kecilan, dengan modal permulaan yang rendah.
Hai, salam perkenalan daripada saya penternak kambing secara sambilan, Farid Sulaiman. Suatu ketika dahulu, saya merupakan seorang yang berminat dalam bidang penternakan kambing tapi apakah daya tiada ilmu untuk bermula.
Sehinggalah saya terjumpa seorang pakcik yang menternak 1,000 ekor kambing. Daripada situlah dunia penternakan kambing saya bermula.
Saya faham. Ramai dikalangan anda yang berminat nak menjalankan penternakan kambing ini. Tapi ada masalah tidak tahu bagaimana cara untuk bermula.
Jadi itulah sebabnya saya menulis satu ebook berkenaan memulakan penternakan kambing ini. 100% daripada pengalaman saya sendiri saya kongsikan dalam ebook itu.
Ebook ini saya tulis sesuai untuk sesiapa yang baru nak mula mahupun yang sudah buat bisnes penternakan kambing, untuk tambahkan lagi ilmu dalam penternakan.
Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah 7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.
Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan.
Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.
Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing.
Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!), faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.
Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing.
Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.
Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik?
Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka.
Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka…kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.
Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.
Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok u0026amp; puas beb dapat perah susu kambing nie!
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.
Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan didalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.
Jom tengok apa maklum balas yang telah membaca buku ini.
Saya ada menyediakan beberapa bonus hebat untuk anda, jika anda mendapatkan ebook ini pada hari ini juga! Bonus-bonus ini akan dapat membantu anda dan melengkapkan lagi ilmu anda untuk memulakan projek penternakan kambing kelak!
Untuk memudahkan anda memulakan projek penternakan kambing, saya akan memberikan anda satu senarai semak item-item yang lengkap beserta dengan kos anggaran, bagi anda membuat rujukan untuk memulakan projek penternakan kambing anda.
Senarai semak ini merangkumi aspek kos permulaan dan kos operasi di dalam menjalankan projek penternakan kambing.
Jika anda tidak cukup modal dan ingin membuat pinjaman bagi memulakan projek penternakan kambing anda, kami turut memberikan anda satu contoh kertas kerja yang boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk membuat kertas kerja bagi memohon pinjaman untuk projek penternakan kambing anda.
Siapa sangka penternak kambing boleh mendapatkan duit lebih serta keuntungan tambahan tanpa perlu menjual kambing mereka?
Di dalam ebook bonus ini, anda akan didedahkan dengan 5 kaedah menjana pendapatan sampingan tanpa perlu anda menjual kambing ternakan anda. Ketahui rahsia hebat ini di dalam ebook bonus ini.
Apa yang saya kongsikan ini bukan ilmu main ceduk sahaja, tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai penternak kambing. Segala yang saya buat semuanya saya kongsikan dalam ebook ini. Tiada rahsia atau selindung langsung.
Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut boleh klik butang di bawah ini.
Copyright © 2024 Ternakan Kambing
Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions