Kertas Kerja Ternakan Kambing Mudah Lulus Tahun Ini

Apa yang diperlukan dalam kertas kerja ternakan kambing? Bagi memastikan permohonan pinjaman diluluskan, anda seharusnya mengetahui apakah perkara yang perlu disertakan dalam kertas kerja penternakan kambing.

Anda tahu kenapa pentingnya kertas kerja ini dalam permohonan pinjaman? Ianya bertujuan untuk meyakinkan pihak pemberi pinjaman terhadap projek penternakan kambing anda.

Cuba anda letakkan diri anda sebagai pihak pemberi pinjaman. Adakah anda suka-suka saja memberi pinjaman kepada orang lain tanpa tahu apakah perancangan mereka lakukan dengan wang pinjaman tu?

Setidak-tidak pun, anda mesti nak tahu untuk apa wang pinjaman itu digunakan. Adakah boleh menjana keuntungan? Apakah risiko kerugian yang bakal menanti?

Itulah tujuan kertas kerja ternakan kambing. Tak lain tak bukan untuk memberi keyakinan kepada pegawai bank contohnya untuk meluluskan pinjaman anda.

Apa perlu ada dalam kertas kerja ternakan kambing?

Kertas kerja penternakan kambing yang baik seharusnya mempunyai beberapa perkara penting ini. Perkara penting ini boleh menjadi penyokong kuat untuk pihak bank atau pemberi pinjaman untuk meluluskan pinjaman anda nanti.

Latar belakang syarikat

Anda perlu lampirkan nama syarikat yang berdaftar dalam menjalankan projek ternakan kambing. Bilakah syarikat ditubuhkan, lokasi projek ternakan dijalankan, dan jumlah kambing yang diternak diawal syarikat ditubuhkan.

Mesti Baca: Jenis-Jenis Kambing Sesuai Untuk Projek Ternakan

Objektif Penubuhan Syarikat

Anda juga perlu lampirkan sekali dalam kertas kerja penternakan kambing tentang tujuan syarikat ditubuhkan. Objektif penubuhan syarikat yang jelas menggambarkan projek penternakan yang dijalankan ini mempunyai hala tuju yang jelas.

Objektif Kertas Kerja

Berlainan dengan objektif penubuhan syarikat, objektif kertas kerja pula adalah berkaitan dengan tujuan anda menulis kertas kerja.

Sekiranya anda ingin dijadikan modal pembelian mesin perincih makanan, anda perlu lampirkan sekali apakah fungsi mesin ini. Bagaimana mesin ini boleh menambahbaik pengeluaran dalam projek penternakan kambing anda. Berapakah kos yang diperlukan untuk membeli mesin ini.

Pemasaran

Bagi memastikan projek penternakan anda mampu menjana aliran tunai yang positif, anda juga perlulah melampirkan pelan strategi pemasaran. Bagaimana anda akan memasarkan kambing-kambing anda nanti.

Seperti yang kita tahu, punca utama aliran tunai dalam penternakan kambing ialah melalui penjualan kambing.

Jika anda boleh menerangkan secara terperinci bagaimana anda menjual kambing-kambing ini, ianya akan memberi keyakinan kepada pihak bank atau pihak pemberi pinjaman untuk meluluskan pinjaman anda nanti.

Kalau anda sudah ada urusan jual beli kambing sebelum ini, anda juga boleh lampirkan sekali nama-nama pelanggan anda. Dengan adanya nama-nama pelanggan, ianya seumpama bonus untuk pinjaman anda diluluskan.

Contoh Kertas Kerja Ternakan Kambing

Anda boleh dapatkan ebook Rahsia Kambing. Dalam ebook itu, saya kongsikan template kertas kerja penternakan kambing untuk anda.

Ramai penternak berjaya mendapatkan kelulusan pinjaman selepas menggunakan template kertas kerja ini.

kertas kerja ternakan kambing

Akhir tahun lepas, saya telah menghantar kertas kerja penternakan kambing untuk urusan pinjaman. Saya hendak gunakan pinjaman tu untuk membeli lori berat 1 tan.

Lori ini saya beli untuk memudahkan proses penghantaran kambing dan juga untuk tujuan mengangkutan bahan makanan.

Dengan menggunakan contoh kertas kerja ternakan kambing tu, saya hantar kepada pihak bank untuk menilaian. Lepas satu minggu, saya dapat khabar baik daripada pihak bank mengatakan pinjaman saya diluluskan.

Pada pendapat saya, pinjaman untuk mengembangkan projek ternakan kambing lebih mudah untuk diluluskan oleh pihak bank.

Pihak bank lebih mempercayai disebabkan projek ternakan itu memang dah wujud dan mempunyai aliran tunai.

Berbanding pinjaman untuk memulakan projek ternakan, anda tiada bukti untuk meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman anda. Semuanya hanya perancangan bertulis di atas kertas sahaja.

Tapi itu bukanlah bermakna pinjaman anda tiada harapan diluluskan. Cuma lebih mudah untuk diluluskan sekiranya anda ingin mengembangkan projek ternakan yang sedia ada.

Saya harap dengan perkongsian contoh kertas kerja ternakan kambing ini boleh memberi gambaran awal kepada anda dalam menyediakan kertas kerja yang baik.

Artikel Berkaitan: Modal Memulakan Projek Penternakan Kambing

2 thoughts on “Kertas Kerja Ternakan Kambing Mudah Lulus Tahun Ini”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *