Jenis-Jenis Kambing Sesuai Untuk Projek Ternakan

Jenis-jenis kambing apakah yang sesuai diternak di negara kita ini? Saya yakin ini adalah persoalan yang kerap terlintas difikiran setiap bakal penternak kambing. Jenis-jenis kambing juga terdapat banyak pilihan seperti kambing penusu dan kambing pedaging.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa jenis-jenis kambing yang sesuai diternak untuk penternak baru bermula.

Jenis Kambing Penusu.

Kambing Ettawa.

Kambing Ettawa tergolong dalam jenis-jenis kambing yang mempunyai tahap kesuburan tinggi. Ia disebabkan mereka mampu menghasilkan anak 1-3 ekor untuk satu-satu kelahiran.

jenis-jenis kambing ettawah
Kambing baka Ettawah

Kambing Ettawa ataupun dikenali juga sebagai Jumnapari sesuai diternak untuk mendapatkan susu dan daging. Disebabkan oleh ambingnya yang besar dan putingnya panjang, kambing ini boleh menghasilkan susu 2 – 3 liter setiap hari dalam tempoh penyusuan.

Antara ciri-ciri kambing Ettawa adalah seperti berikut:

  • Bentuk muka cembung dan dagu berjanggut.
  • Di bawah leher terdapat gelambir yang tumbuh berawal dari sudut janggut.
  • Telinga panjang, lembik, tergantung dan hujungnya agak berlipat.
  • Tanduk berdiri tegak mengarah ke belakang dengan sedikit melingkar pada hujungnya.

Artikel berkaitan: Kambing Jamnapari berbaloi diternak?

Kambing Saneen.

Sekiranya anda berhasrat untuk menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak, kambing baka Saneen adalah pilihan yang tepat. Jenis-jenis kambing Saneen ini mampu menghasilkan 3-4 liter setiap hari ketika tempoh penyusuan.

jenis-jenis kambing saneen
Kambing baka Saneen

Antara ciri-ciri kambing saneen adalah seperti berikut:

  • Berkepala kecil
  • Telinga kecil, pendek, tegak ke arah depan dan tepi.
  • Jantan atau betina selalunya tidak mempunyai tanduk.
  • Warna bulu putih krim dengan tompokan hitam pada hidung, telinga dan ambing.
  • Ambing dan puting besar.
  • Induk betina selalunya melahirkan anak kembar dua.

Jenis Kambing Pedaging.

Kambing Katjang.

Sama seperti kambing Ettawa, baka Katjang juga mempunyai tahap kesuburan tinggi. Berdasarkan pengalaman saya membela kambing jenis Katjang ini, setiap kelahiran pasti akan menghasilkan 1-4 ekor anak.

jenis-jenis kambing katjang
Kambing baka Katjang

Ramai penternak yang memilih untuk membela jenis-jenis kambing Katjang ini kerana ianya mudah untuk dijaga. Sifatnya yang mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran menjadikan mereka mampu untuk membesar dengan baik.

Sekiranya anda ingin menternak untuk mendapatkan kualiti daging yang tinggi, memilih baka jenis kambing Katjang adalah pilihan yang tepat. Ini disebabkan baka jenis ini mempunyai genetik kambing pedaging yang baik.

Artikel berkaitan: Cara Ternak Kambing Kampung Yang Menguntungkan

Antara ciri-ciri kambing Katjang adalah seperti berikut:

  • Berbulu pendek dan berwarna tunggal (putih, hitam dan coklat). Ada juga yang mempunyai warna campuran ketiga-tiga warna ini.
  • Jantan dan betina memiliki tanduk yang berbentuk pedang.
  • Telinga pendek dan tergantung.
  • Janggut selalunya terdapat pada jantan. Jarang sekali betina mempunyai janggut.
  • Kambing jantan berbulu panjang dan kasar pada garis leher, pundak, punggung sampai ke ekor.

Kambing Boer.

Seperti kambing Katjang, kambing Boer juga merupakan kambing pedaging terbaik di dunia. Pada umur 5 hingga 6 bulan, berat kambing ini boleh mencapai 34 sehingga 45 kilogram.

Kambing jantan matang boleh mencapai berat maksimum 135kg dan kambing betina pula boleh mencapai berat maksimum 110kg.

Jenis-jenis kambing Boer terkenal dengan keenakan dagingnya dikalangan pengemar daging kambing.

jenis-jenis kambing boer
Kambing baka Boer

Antara ciri-ciri kambing Boer adalah seperti berikut:

  • Badan panjang dan lebar
  • Berkaki pendek dan tegap
  • Bertelinga panjang dan tergantung
  • Paha kelihatan berisi, tegap dan gagah.
  • Badan putih dan coklat kemerahan di kepada dan leher.

Jenis Kambing Dwi-Fungsi.

Kambing Anglo-Nubian.

Mungkin anda inginkan kambing yang boleh hasilkan susu dan daging, kambing Anglo-Nubian merupakan pilihan yang tepat untuk anda ternak.

jenis-jenis kambing anglo nubian
Kambing baka Anglo Nubian

Antara ciri-ciri kambing Anglo-Nubian adalah seperti berikut:

  • Rangka badan yang agak besar.
  • Telinga panjang dan hidung cembung.
  • Dwifungsi (daging dan susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari.
  • Tahap kesuburan yang tinggi dan tahan lasak.

Umur matang

  • Jantan: 12 bulan dengan berat 70kg – 85kg
  • Betina: 10 bulan dengan berat 55kg – 70kg

Bagaimana sekarang? Anda sudah jelas hendak pilih jenis-jenis kambing yang mana untuk projek ternakan anda.

Sekiranya anda ingin tahu berapakah modal untuk memulakan projek ternakan kambing, saya ada kongsikan sedikit senarai modal yang perlu anda sediakan.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

2 thoughts on “Jenis-Jenis Kambing Sesuai Untuk Projek Ternakan”

  1. Azmiezy Rashid

    Assalamualaikum Tuan. Boleh saya tahu cara lain untuk dapatkan ebook Rahsia Kambing & Rawatan Penyakit Kambing? Sebab saya dah klik “download sekarang”, tapi tiada maklum balas. Saya berminat nak menceburi bidang ini. Harap tuan sudi pertimbangkan permintaan saya ini. Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *