Punca Kambing Berak Cair Dan Kembung Perut Selepas Makan Daun Ubi Kayu

“Kenapa kambing aku berak cair lepas bagi makan daun ubi kayu? Daun ubi ini jenis beracun ke?”

Ini merupakan pertanyaan yang diajukan kepada saya dua hari lepas.

Kisah Bermula…

Kisahnya macam ni… Kawan saya ni baru lagi bermula menternak kambing. Saya pesan kat dia, kalau ada apa-apa kemusykilan pasal kambing, jangan malu-malu tanya saya.

Katanya, semalam dia ada bagi kambing dia makan daun ubi kayu. Bila tengok pagi tadi, banyak kambing dia berak cair.

Kalau anda nak tahu, berak cair ini merupakan tanda-tanda kambing itu tak sihat. Selalunya berpunca daripada apa yang kambing itu makan.

Tapi, betul ke daun ubi kayu ni beracun kepada kambing? Ada jugak yang cakap daun ubi kayu ini banyak getah. Kandungan getah itulah yang buat perut kambing meragam.

Disebabkan Pola Makanan

Kalau anda nak tahu, punca sebenar kambing berak cair berpunca daripada perubahan pola pemakanan secara mendadak.

Sama jugak dengan kita. Kalau kita dah terbiasa makan nasi setiap hari, tiba-tiba kita ubah pola pemakanan kepada makan roti. Itupun boleh buat perut kita meragam.

Kalau sebelum ni kambing hanya makan rumput jer, macam mana nak bagi makanan selain rumput ke dalam pola pemakanan kambing ni?

Artikel berkaitan: Alternatif Makanan Kambing Selain Rumput

Saya Selalu Buat Perkara Ini..

Sebelum ini saya pernah tukar pola pemakanan kambing kepada daun ubi kayu. Apa yang saya buat ialah dengan mencampurkan daun ubi bersama dengan rumput.

Satu bahagian daun ubi, satu bahagian rumput. Cuba tengok dulu penerimaan perut kambing. Kalau tak ada tanda-tanda seperti berak cair, anda boleh tambahkan lagi bahagian daun ubi kepada dua bahagia, satu bahagian rumput.

Kalau ada tanda-tanda, cuba kurangkan sikit bahagian daun ubi tu. Kemudian, keesokannya tambah lagi.

Apabila kambing dah boleh terima pola pemakanan daun ubi ini, memang tak ada masalah pun nak bagi kambing makan daun ubi kayu ni. Nak jadikan daun ubi sebagai makanan utama pun tak ada masalah.

Belajar Sesuatu?

Adakah anda dapat sesuatu daripada perkongsian saya ini? Jom baca banyak lagi ilmu penternakan kambing dekat link di bawah ini.

1 thought on “Punca Kambing Berak Cair Dan Kembung Perut Selepas Makan Daun Ubi Kayu”

  1. Nak tanya kenapa biri biri lambat nak membiak..pejantan dewasa ada 3 ekor..tp betina x bunting pun dah 4 bulan duk bersama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *