Makanan Kambing Selain Rumput Bagi Menggemukan Kambing

Ramai penternak kambing mencari pengganti makanan kambing selain rumput bagi mendapatkan kambing yang gemuk. Lagipun makanan kambing sebagai pengganti selain rumput juga mudah diperoleh di luar sana.

Tumbesaran ternakan juga masih boleh bertambah walaupun rumput diganti dengan makanan yang lain.  

Haiwan Ternakan Jenis Herbivor.

Jadi makanan kambing selain rumput apakah yang sesuai diberikan kepada kambing? Seperti yang kita tahu, kambing ini merupakan haiwan ternakan yang jenis herbivor. Iaitu jenis haiwan ternakan yang memakan tumbuh-tumbuhan.

Di sini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh anda gunakan.

Banyak Ke Makanan Kambing Selain Rumput?

Saya mulakan dengan makanan yang mudah didapati terlebih dahulu. Daun kelapa sawit merupakan sumber makanan yang boleh digunakan dalam menggantikan rumput. Kambing-kambing saya sendiri pun gemar memakan daun-daun kelapa sawit ini.

Tambahan lagi kos untuk mendapatkan daun kelapa sawit ini amatlah murah. Jika anda ada kebun sawit sendiri itu sudah menjadi kelebihan kepada anda.

Sisa pelepah sawit sesuai diberikan kepada kambing ternakan.

Selain daripada daun sawit, anda juga boleh menggunakan daun daun pisang sebagai penganti makanan kambing selain rumput. Jika di kawasan anda ada kebun tanaman pisang itu sudah baik. Cuba tawarkan untuk membeli daun pisang mereka itu.

Kalau bernasib baik, ada sahaja pekebun yang menawarkan daun pisang ini secara percuma kerana mereka baru sahaja menebang pokok. Jadi ini memudahkan kerja mereka jika kepada anda, sekurang-kurangnya anda ada untuk bersihkan sisa-sisa pelepah, batang dan daun pisang untuk mereka.

Pokok pisang yang sudah ditebang oleh pekebun.

Selain daripada daun pisang, daun ubi kayu juga merupakan tumbuhan yang selalu penternak berikan kepada kambing. Tapi ramai penternak takut untuk berikan daun ubi ini kepada kambing mereka. Katanya daun ubi ini boleh menyebabkan berlakunya kembung perut kepada kambing.

Adakah daun ubi ini beracun kepada kambing? Sebenarnya tidak. Saya sendiri memberikan daun ubi kepada kambing-kambing saya. Tak pernah pula saya mengalami masalah kembung perut ini.

Artikel berkaitan: Punca Kambing Berak Cair Selepas Makan Daun Ubi Kayu

Selain itu, anda juga boleh menggunakan sumber tumbuhan lain sebagai makanan ternakan kambing pengganti rumput seperti di bawah ini.

  • Setaria
  • Centrosema (tanaman kekacang)
  • Petai Belalang (Leucaena leucocephala)
  • Daun nangka
  • Glyridisia

Harus Berikan Makanan Tambahan.

Seandainya anda nak cari makanan kambing pengganti rumput yang yang lebih mudah dan boleh menggemukan kambing yang kurus. Saya sarankan anda untuk memberi kambing ternakan anda memakan pallet.

Seperti yang kita tahu, pallet ini merupakan makanan tambahan ataupun dikenali juga sebagai suplemen. Pemberian pallet sebagai makanan kepada ternakan memang memakan kos yang tinggi.

Tapi kelebihan pallet ialah ianya dapat meningkatkan kualiti dan tumbesaran kambing ternakan anda.

Jadi anda harus juga berikan pallet ini kepada kambing ternakan anda bagi menambah nutrisi selain daripada rumput dan daun-daun kayu.

Pemberian pallet dapat meningkatkan tumbesaran ternakan.

Jangan Lupa Vitamin.

Kambing juga seperti manusia di mana ia memerlukan sumber zat galian bagi mendapatkan kambing yang sihat. Zat galian ini penting bagi memastikan kesemua sel dan organ ternakan berfungsi dengan baik bagi melawan serangan penyakit.

Garam galian seperti kalsium dan fosforus baik untuk kambing bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi. Kesan buruk kekurang pemberian garam galian seperti natrium pula akan menyebabkan ketidakseimbangan tekanan bendalir dalam badan ternakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menggantung garam galian ini di dalam kandang kambing. Ianya penting kerana zat galian seperti ini tiada dalam sumber makanan seperti rumput dan dedaun hijau.

Jangan sampaikan ingin mencari makanan kambing pengganti rumput sehingga terlupa untuk memberi vitamin kepada ternakan.

Garam jilat yang diberikan kepada ternakan.

Begitulah serba sedikit yang boleh digunakan oleh seorang penternak kambing sekiranya mereka ingin mencari makanan kambing selain rumput.

Jika anda ingin mendapatkan lagi tips menjimatkan kos pemakanan kambing ternakan anda, saya syorkan anda untuk baca perkongsian daripada seorang penternak kambing ini. Boleh klik butang bawah ini untuk baca.

42 thoughts on “Makanan Kambing Selain Rumput Bagi Menggemukan Kambing”

      1. Adnan mohd rasid

        Salam. Saya dah bank in utk dptkan ebook rahsia kambing. Mohon pihak tuan email dgn kadar segera. Tkasih

          1. Ya boleh tuan. Kebanyakan penternak bagi rumput kat kambing mereka sebab nak kurang kos pemakanan. Kalau tuan tak masalah dari segi kos, boleh je kalau nak bagi dedak sahaja.

  1. Terima kasih En.Khairul. Informasi yang anat berguna untuk dijadikan sebagai panduan khususnya kepada penternak yang baru memulakan kerjaya dalam industri ternakan kambing.

      1. Terima kasih tuan atas khidmat nasihat dn tunjuk ajar serta perkongsian ilmu.. semoga dapat manfaat dr perkongsian ini kpd penternak² baru.

    1. Kebanyakan penternak keringkan dulu (jemur bawah matahari) daun ubi kayu sebelum bagi kambing makan. Sebab kata mereka, daun ubi kayu ada sejenis racun yang merbahaya kepada kambing kalau beri terus kepada kambing makan.

      Daripada pengalaman saya sendiri, penyebab berlakunya kembung perut sebab perut kambing itu tak serasi dengan perubahan bahan makanan.

      Contohnya, jika penternak biasa bagi rumput napier kepada kambing, kemudian dia ubah secara tiba-tiba kepada daun ubi. Ketika ini, kemungkinan tinggi kambing tu terkena kembung memang tinggi.

      Cara yang paling baik ialah dengan mengubah sumber makanan secara berperingkat. Cuba tengok perubahan pada kambing, kalau okey terus kan beri daun ubi. Jika ada tanda-tanda yang mencurigakan, tukar kepada rumput napier. Ulang langkah ini sehingga kambing serasi dengan daun ubi.

      Masalah ini bukan disebabkan daun ubi saja. Sebab ada pengalaman rakan saya yang selalu beri kambing dia makan daun ubi. Tapi apabila dia tukar secara tiba2 makanan tu kepada rumput, ada kambing yang terkena kembung.

      Semoga menjawab soalan tuan.

    1. Tak ada. Kambing boleh makan semua tumbuhan hijau. Tapi kalau boleh, elakkan beri kambing tumbuhan bergetah. Sebab takut nanti kena serangan kecacingan atau kembung perut.

    1. Pertama sekali, cuba tengok dulu adakah najis berketul tu mengganggu kecerdasan kambing. Kambing yang berpenyakit ni selalunya tak aktif dan suka termenung. Kalau tak ada tanda-tanda macam tu, tak perlu risau.

    1. Ya boleh tuan. Kebanyakan penternak bagi rumput kat kambing mereka sebab nak kurang kos pemakanan. Kalau tuan tak masalah dari segi kos, boleh je kalau nak bagi dedak sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *