Ramai penternak kambing mencari pengganti makanan kambing selain rumput bagi mendapatkan kambing yang gemuk. Lagipun makanan kambing sebagai pengganti selain rumput juga mudah diperoleh di luar sana.
Tumbesaran ternakan juga masih boleh bertambah walaupun rumput diganti dengan makanan yang lain.
Haiwan Ternakan Jenis Herbivor.
Jadi makanan kambing selain rumput apakah yang sesuai diberikan kepada kambing? Seperti yang kita tahu, kambing ini merupakan haiwan ternakan yang jenis herbivor. Iaitu jenis haiwan ternakan yang memakan tumbuh-tumbuhan.
Di sini saya senaraikan beberapa makanan yang boleh anda gunakan.
Banyak Ke Makanan Kambing Selain Rumput?
Saya mulakan dengan makanan yang mudah didapati terlebih dahulu. Daun kelapa sawit merupakan sumber makanan yang boleh digunakan dalam menggantikan rumput. Kambing-kambing saya sendiri pun gemar memakan daun-daun kelapa sawit ini.
Tambahan lagi kos untuk mendapatkan daun kelapa sawit ini amatlah murah. Jika anda ada kebun sawit sendiri itu sudah menjadi kelebihan kepada anda.
Selain daripada daun sawit, anda juga boleh menggunakan daun daun pisang sebagai penganti makanan kambing selain rumput. Jika di kawasan anda ada kebun tanaman pisang itu sudah baik. Cuba tawarkan untuk membeli daun pisang mereka itu.
Kalau bernasib baik, ada sahaja pekebun yang menawarkan daun pisang ini secara percuma kerana mereka baru sahaja menebang pokok. Jadi ini memudahkan kerja mereka jika kepada anda, sekurang-kurangnya anda ada untuk bersihkan sisa-sisa pelepah, batang dan daun pisang untuk mereka.
Selain daripada daun pisang, daun ubi kayu juga merupakan tumbuhan yang selalu penternak berikan kepada kambing. Tapi ramai penternak takut untuk berikan daun ubi ini kepada kambing mereka. Katanya daun ubi ini boleh menyebabkan berlakunya kembung perut kepada kambing.
Adakah daun ubi ini beracun kepada kambing? Sebenarnya tidak. Saya sendiri memberikan daun ubi kepada kambing-kambing saya. Tak pernah pula saya mengalami masalah kembung perut ini.
Artikel berkaitan: Punca Kambing Berak Cair Selepas Makan Daun Ubi Kayu
Selain itu, anda juga boleh menggunakan sumber tumbuhan lain sebagai makanan ternakan kambing pengganti rumput seperti di bawah ini.
- Setaria
- Centrosema (tanaman kekacang)
- Petai Belalang (Leucaena leucocephala)
- Daun nangka
- Glyridisia
Harus Berikan Makanan Tambahan.
Seandainya anda nak cari makanan kambing pengganti rumput yang yang lebih mudah dan boleh menggemukan kambing yang kurus. Saya sarankan anda untuk memberi kambing ternakan anda memakan pallet.
Seperti yang kita tahu, pallet ini merupakan makanan tambahan ataupun dikenali juga sebagai suplemen. Pemberian pallet sebagai makanan kepada ternakan memang memakan kos yang tinggi.
Tapi kelebihan pallet ialah ianya dapat meningkatkan kualiti dan tumbesaran kambing ternakan anda.
Jadi anda harus juga berikan pallet ini kepada kambing ternakan anda bagi menambah nutrisi selain daripada rumput dan daun-daun kayu.
Jangan Lupa Vitamin.
Kambing juga seperti manusia di mana ia memerlukan sumber zat galian bagi mendapatkan kambing yang sihat. Zat galian ini penting bagi memastikan kesemua sel dan organ ternakan berfungsi dengan baik bagi melawan serangan penyakit.
Garam galian seperti kalsium dan fosforus baik untuk kambing bagi membantu pertumbuhan tulang dan gigi. Kesan buruk kekurang pemberian garam galian seperti natrium pula akan menyebabkan ketidakseimbangan tekanan bendalir dalam badan ternakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menggantung garam galian ini di dalam kandang kambing. Ianya penting kerana zat galian seperti ini tiada dalam sumber makanan seperti rumput dan dedaun hijau.
Jangan sampaikan ingin mencari makanan kambing pengganti rumput sehingga terlupa untuk memberi vitamin kepada ternakan.
Begitulah serba sedikit yang boleh digunakan oleh seorang penternak kambing sekiranya mereka ingin mencari makanan kambing selain rumput.
Jika anda ingin mendapatkan lagi tips menjimatkan kos pemakanan kambing ternakan anda, saya syorkan anda untuk baca perkongsian daripada seorang penternak kambing ini. Boleh klik butang bawah ini untuk baca.
terima kasih tuan atas info. Sedikit sebanyak membantu saya untuk siapkan FYP.
Sama-sama sis
Bagaimana cara membuat makanan kambing dengan dedak beras. Apakah bahan campuran lain tuan
berapa kali dedak yg Kita perlu bagi kepada kambing dalam sehari
Bergantung kepada bajet. Kalau bajet besar, boleh beri 3 kali sehari. Kalau bajet kurang, sekali sehari pun sudah mencukupi.
Blah x bg mkn lumut sawah kpd kambing..klu boleh camner caranya..adakah kena keringkn dulu..
Saya bgi kambing mkn ptg je.lepas asar blh ka
Salam saya nak tanya. Kambing kena makan copper kan. Tapi kenapa semua salt block untuk kambing tak ada copper