Cara Ternak Kambing Paling Mudah Pada Tahun Ini

Saya perasan ramai berminat dengan cara ternak kambing. Tapi disebabkan kurang pengetahuan dalam bidang ternakan, ada yang menganggap cara ternak kambing ini agak leceh dan memerlukan tumpuan sepenuh masa.

Jika anda berfikir seperti itu, anda mungkin kurang faham lagi cara yang betul untuk ternak kambing.

Walaupun begitu, keinginan untuk menternak masih tersemat dalam hati mereka ini. Salah satu sebab kenapa ramai yang berminat untuk menternak kambing adalah kerana kambing ini mudah untuk diselenggara berbanding dengan binatang ternakan lain.

Tambahan pula, modal permulaan untuk menternak juga boleh dimulakan dengan modal yang rendah.

Kabur.

Tidak mengapa jika anda masih lagi kabur-kabur dengan cara memulakan ternak kambing. Kerana saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan dalam memulakan aktiviti penternakan ini.

Enam Proses Cara Ternak Kambing.

Pada peringkat permulaan, cara atau proses ternak kambing melibatkan beberapa proses. Enam perkara di bawah ini adalah penting dalam memulakan aktiviti penternakan kambing. 

  • Membina kandang
  • Menyediaan makanan
  • Pemilihan baka kambing
  • Pembiakan
  • Rawatan penyakit
  • Penjualan

Sediakan Saiz Kandang Bersesuaian.

Kandang yang bersuaian perlulah dibina bagi menyediakan tempat teduhan kepada ternakan. Saiznya pula bergantung kepada berapa banyak bilangan kambing yang hendak dibela.

Kandang perlulah dibina berjauhan sedikit dari kawasan perjiranan kerana ianya boleh mengundang bau yang tidak enak kepada jiran anda. Walaupun jauh, pastikan ada kemudahan asas seperti air paip, bekalan elektrik dan laluan jalan untuk kemudahan pengangkutan.

Contoh kandang kambing.

Artikel berkaitan: Kandang Kambing Atas Tanah Untuk Ternakan Kambing

Pastikan Bekalan Makanan Mencukupi.

Perkara kedua pula dalam cara ternak kambing ialah berkaitan dengan makanan ternakan. Jangan sampai kambing sudah dimasukkan dalam kandang baru anda berfikir tentang sumber makanan.

Kalau macam itu, maka kelaparanlah jawabnya kesemua kambing ternakan anda nanti. Seeloknya, semasa proses membina kandang bermula, anda sudah fikirkan macam mana hendak mendapatkan sumber makanan nanti.

Macam saya sendiri, saya akan mula tanam rumput sendiri semasa proses pembinaan kandang berlangsung. Nanti apabila kandang sudah siap, anda boleh terus masukkan kambing tanpa perlu risau akan sumber makanan.

Artikel berkaitan: Makanan Kambing Selain Rumput Bagi Menggemukan Kambing

Yang ketiga pula adalah pemilihan baka. Ada banyak jenis baka kambing yang ada di negara kita ini, antaranya ialah:

  • Baka kambing katjang
  • Baka kambing jamnapari
  • Baka kambing boer
  • Baka kambing anglo nubian
  • Baka kambing saneen
Baka kambing jamnapari.
Baka kambing anglo nubian.

Setiap baka mempunyai saiz dan berat yang berbeza-beza. Contohnya, baka saneen sesuai untuk mendapatkan sumber susu kerana baka jenis ini menghasilkan kuantiti susu yang lebih banyak berbanding baka kambing yang lain.

Jadi baka apa yang paling sesuai untuk diternak dekat negara kita ini? Cara ternak kambing yang terbaik adalah berbalik kepada objektif ternakan anda.

Jika anda hendak membela kambing pedaging, anda boleh menternak baka Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red danJermasia. Manakala kalau anda hendak ternak kambing susu, anda boleh pilih baka Alpine, Saanen dan Toggenburg.

Ataupun anda hendak bela baka susu dan juga pedaging, anda boleh pilih baka Jamnapari dan Anglo-Nubian.

Perkara yang seterusnya ialah pembakaan. Seekor kambing memerlukan masa antara setahun sehingga setahun setengah untuk menjadi matang.

Ada juga baka yang cepat untuk matang dalam enam hingga lapan bulan sahaja. Tapi seeloknya, tunggu setahun bagi memastikan mutu anak yang bakal lahir nanti adalah terbaik. Apabila sudah sampai tempoh matang, ketika itulah kambing-kambing ini sesuai untuk dikahwinkan.

Bila sudah ada kelahiran, itulah saat yang paling menggembirakan bagi seorang penternak kambing.  

Bersiap Sedia Untuk Rawatan Penyakit.

Perkara yang kelima dalam cara ternak kambing ialah berkaitan dengan rawatan penyakit. Memang perkara ini tidak dapat dielakkan dalam proses penternakan kambing.

Antara penyakit yang kerap melanda ternakan ialah penyakit puru. Kebiasaannya penyakit ini akan terkena kepada anak-anak kambing yang baru lahir. Tanda-tanda kambing diserang penyakit puru ini adalah dengan adanya gelembung-gelembung berair pada mulut, bibir dan gusi.

Ciri-ciri fizikal apabila kambing dijangkiti penyakit puru.

Kesan penyakit ini kepada anak kambing adalah sukar untuk makan dan badan kambing akan menjadi kurus. Tapi usah risau! Setiap penyakit ada cara rawatannya.

Apabila ada kambing yang terkena jangkitan ini, langkah pertama yang perlu penternak ambil adalah dengan mengasingkan kambing yang terkena penyakit ini dengan kambing yang lain.

Kaedah rawatan bagi merawat penyakit puru pada kambing seperti berikut:

  • Asingkan kambing yang telah dijangkiti.
  • Sentiasa memakai sarung tangan ketika merawat penyakit ini kerana ianya boleh menjangkiti manusia.
  • Rawat gelembung yang pecah atau luka dengan larutan iodin.

Buku Rawatan Penyakit Kambing.
Sila isi nama dan emel anda untuk download secara percuma.

Blank Form (#3)

Cara Menjual Hasil Ternak Kambing.

Yang terakhir sekali adalah penjualan. Sudah tentu penternakan kambing perlukan proses penjualan bagi mendapatkan keuntungan.

Keuntungan itu boleh digunakan untuk membeli sumber makanan dan juga menambahbaik sistem kandang. Ada juga penternak menggunakan keuntungan untuk membeli baka jenis lain untuk dikahwinkan dengan kambing ternakan sedia adanya.

Sebenarnya ada banyak cara untuk anda menjual kambing-kambing ternakan anda ini. Salah satu caranya ialah dengan menawarkan servis pembekalan daging kambing kepada restoran dan juga hotel yang berdekatan dengan kawasan anda.

Begitulah serba sedikit proses cara ternak kambing sehingga kepada proses penjualan. Jika anda berminat untuk belajar lebih mendalam teknik penternakan kambing secara langkah demi langkah, saya syorkan anda untuk membaca perkongsian penternak kambing ini.

Segala perkara yang melibatkan cara ternak kambing ditunjukkan secara terperinci oleh beliau. Klik butang bawah ini untuk baca.

20 thoughts on “Cara Ternak Kambing Paling Mudah Pada Tahun Ini”

  1. Assalamualaikum..saya mahu tanya keadaan kambing saya selalunya hujung tahun dia akan membiak 6 hingga 10 ekor anak..tetapi waktu hujung tahun selalunya sejuk dan hujan..anaknya yang akan hidup 3 atau 4 ekor saja..apa perlu saya lakuka masalah ini..

    1. Mungkin kematian ni berpunca daripada radang paru-paru. Boleh ambil langkah berjaya seperti ini:
      · asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram
      · kandang bersih, kering dan cukup pengudaraan
      · elakkan dari terkena hujan dan keadaan lembab
      · beri suntikan antibiotik serta vitamin

          1. Assalam encik, nak tanya adakah kaki anak kambing tersempit boleh menyebabkan kematian kambing

  2. Hi,

    Saya ingin menceburi bidang penternakkan kambing. Kami kehilangan punca pendapatan akibat covid. Minta tunjur ajar. Terima kasih

  3. Assalam tuan,

    Saya ingin menceburi bidang penternakan kambing. Tapi tiada asas langsung… Bolehkan saya ikuti kursus hands on dengan tuan? Terima kasih ya.

  4. saya baru nak mula sambil belajar memelihara kambing.. ada sapa2 yg dapat beri cadangan dan nasihat.. terimakasih

  5. Johari bin Pakir Maidin

    Saya Ingin membela kambing tapi saya masih bekerja. Jika saya ingin mengikuti klursus penternakan kambing tu di mana(tempat kursus)

  6. Assalam, nak tanya adakah kaki anak kambing tersempit boleh menyebabkan kematian(anak kambing umur 3 bln lebih)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *