Graduan Ijazah Jadi Pengusaha Kambing Jana RM5,000 Sebulan

Tidak menyangka jadi pengusaha kambing ternakan. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada seorang graduan lepasan universiti ini.

Selepas beberapa kali gagal dalam mendapatkan kerja yang diingininya, kini dia bertekad untuk menceburkan diri dalam bidang pengusaha kambing ternakan.

Pengusaha kambing ternakan lepasan ijazah.

Ahmad Zharif merupakan seorang graduan lepasan izajah sarjana muda di sebuah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dia mula berjinak-jinak dengan menjadi pengusaha kambing ternakan sejak 2016 secara kecil-kecilan.

Selepas menamatkan pengajian di UPSI, lebih setahun dia menghabiskan masa untuk menghadiri temuduga kerja. Tapi apakan daya, semua temuduga kerjanya itu langsung tidak membuahkan rezeki kepadanya.

“Semasa di tahun akhir pengajian, saya sudah mula berjinak dengan bidang pengusaha kambing ternakan dan pada ketika itu saya mengeluarkan modal sebanyak RM3,000 untuk membeli tujuh ekor kambing.

Mula fokus pada kambing ternakan.

“Namun, pada awal tahun ini, saya mula memberi fokus sepenuhnya dalam bidang penternakan kambing dan ayam ratu selepas gagal mendapatkan kerja.

“Walaupun ini bukan pekerjaan glamor yang diminati golongan muda, namun hasil usaha yang bersungguh-sungguh, saya kini sudah mempunyai hampir 300 ekor kambing daripada pelbagai baka termasuk Jamnapari, Boer, Savana dan kampung,” katanya ketika ditemui di Kampung Belukar, di sini, baru-baru ini.

pengusaha kambing ternakan bagi makan

Bila bertanyakan adakah satu kerugian kepadanya dengan memilih kerjaya sebagai pengusaha kambing ternakan. Katanya, walaupun dia mempunyai segulung ijazah tidak pernah menyesal memilih menternak kambing sebagai kerjaya.

Jana pendapatan RM5,000 sebulan.

 “Hasil jualan kambing, dalam sebulan saya mampu mendapat keuntungan ternak kambing sehingga RM5,000 dan kebiasaannya seekor kambing dijual bermula dengan harga RM600 hingga RM1,600 mengikut saiz dan berat.

“Selain kambing, saya juga menjual dan memelihara ayam ratu dan mampu menjana pendapatan melebihi RM1,000 sebulan mengikut permintaan semasa.

pengusaha kambing ternakan 1000 ekor

“Fokus saya ialah ternak dan jual. Asal ada orang datang nak beli, saya jual terus tanpa bertangguh. Wang yang diperoleh dikumpul untuk membeli dan menambah jumlah ternakan,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Fasha Rashada Saari,24 dan mempunyai dua cahaya mata.

Berkat kesungguhan dalam bidang pengusaha kambing ternakan ini, ternakannya peroleh permintaan yang tinggi di beberapa negeri termasuk Terengganu, Selangor dan Perak.

Sekiranya anda ingin mempelajari lagi mendalam dalam dunia penternakan kambing, saya amat syorkan anda untuk membaca pengalaman seorang penternak kambing ini. Iaitu, Farid Sulaiman.

Boleh klik butang di bawah ini jika ingin membaca pengalaman beliau dalam membina kandang kambing dan juga penternakan kambing.

2 thoughts on “Graduan Ijazah Jadi Pengusaha Kambing Jana RM5,000 Sebulan”

  1. Salam Tuan.
    Terima Kasih atas perkongsian ilmu.
    Insyaallah saya amat berharap agar dapat menceburi bidang ternakan ruminan ini seberapa segera. Bidang yg terbuka luas ini perlu di rebut segera memandangkan ekonomi global kian suram.
    Harapan saya agar para penternak dapat bersatu hati, berkerjasama & berkongsi ilmu demi kebaikan bersama.
    Kerajaan perlu memainkan peranan penting demi mengalakkan masyarakat menceburi bidang pertanian & ternakan yg terbukti telah jauh ke belakang berbanding negara jiran iaitu Thailand & lndonesia.
    Semoga bidang pertanian & ternakan terus berkembang maju sekaligus mengurangkan kebergantungan kita mengimport hasil pertanian & ternakan dari negara luar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *