Cara Ternak Kambing Kampung Yang Menguntungkan

Bagaimana cara ternak kambing kampung? Mungkin itu persoalan yang meniti difikiran setiap bakal pengusaha kambing. Sebenarnya, antara sebab anda perlu memilih kambing kampung sebagai ternakan adalah kerana ianya merupakan ternakan yang jinak dan mudah dijaga.

Cara Mudah Ternak Kambing Kampung.

Daripada segi kos pemakanan pula, cara mudah ternak kambing kampung dengan memberi makanan daripada sumber rumput dan dedaun hijau sahaja. Tidak seperti kos makanan haiwan ternakan lain yang agak tinggi seperti menternak ikan atau ayam.

Ciri-Ciri Kambing Kampung.

Kambing kampung atau juga dikenali sebagai kambing Katjang merupakan baka kambing pedaging. Cara ternak kambing kampung tidak jauh berbeza dengan menternak kambing baka jenis lain.

Kambing jenis ini paling mudah ditemui di Malaysia dalam ramai-ramai baka kambing. Ciri-ciri fikizal yang ada pada seekor kambung kampung adalah berbadan kecil dan pendek.

Kambing kampung ataupun dikenali sebagai kambing Katjang.

Mempunyai sepasang tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Kebiasaannya, kambing jenis ini mempunyai warna bulu berwarna hitam ataupun coklat. Kambing kampung ini diternak untuk mendapatkan dagingnya.

Kurang sesuai diternak untuk mendapatkan susunya kerana kandungan susu kambing kampung ini adalah kurang. Sekiranya anda berminat dalam penternakan kambing untuk mendapatkan susu, kambing jenis Jamnapari dan Saneen perlu anda utamakan.

Cara Betul Ternak Kambing Kampung.

Dalam menternak kambing baka kampung ini, ada beberapa aspek utama perlu seorang penternak beri keutamaan. Ianya berkaitan dengan pembinaan kandang. Kandang yang baik perlu disediakan sebelum anda membeli baka kambing ini.

Yang kedua adalah sumber makanan. Sumber makanan perlu dirancang awal untuk mengelakkan ternakan kelaparan disebabkan keputusan sumber makanan. Ada beberapa cara untuk menyediakan sumber makanan secara terancang dalam penternakan kambing ini.

Yang ketiga adalah berkaitan dengan rawatan penyakit. Walaupun kambing merupakan ternakan yang agak sukar untuk diserang penyakit berbanding dengan ternakan ayam atau itik, ianya tidak bermakna kambing-kambing ini kalis daripada penyakit.

Oleh itu, saya akan huraikan beberapa aspek ini cara berkesan ternak kambing kampung seperti di bawah ini.

Cara Buat Kandang Ternak Kambing Kampung.

Kandang yang baik amat penting untuk memastikan ternakan kambing anda berada dalam keadaan sihat. Ada beberapa aspek perlu diberikan keutamaan dalam membina sebuah kandang kambing.

Yang pertama adalah sistem pengudaraan. Sistem pengudaraan yang baik dapat memastikan suhu di dalam diturunkan bagi menyejukan ternakan. Ciri rekaan kandang juga perlulah membenarkan cahaya menembusi kandang. Ianya untuk memastikan ruangan dalam kandang kekal kering.

Contoh kandang untuk ternak kambing kampung.

Ruangan yang lembab akan mengundang pembiakan bakteria lalu boleh menjadi punca serangan penyakit. Anda boleh baca artikel ciri-ciri kandang kambing di bawah ini untuk penerangan lebih terperinci.

Mesti Baca: Kandang kambing atas tanah untuk memulakan ternakan.

Dua Cara Ternak Kambing Kampung.

Dalam dunia penternakan kambing terdapat dua cara untuk ternak kambing kampung. Pertama adalah melalui penternakan secara intensif. Kambing akan dikurung di dalam kandang dan makanan akan diberikan dengan mengangkut makanan ke dalam kandang.

Kedua pula adalah kaedah ternakan secara ekstensif. Kambing dilepaskan dalam suatu kawasan untuk mereka mencari makan sendiri. Kebiasaannya cara ternak kambing seperti ini dilakukan oleh penternak-penternak kecil.  

Kambing dilepaskan untuk mencari makan secara ekstensif.

Masalah yang kerap dihadapi apabila melakukan kaedah ternakan secara ekstensif adalah peratusan kambing hilang adalah tinggi. Masalah keracunan makanan dan kekurangan nutrisi pada kambing juga akan berlaku kerana penternak tidak dapat menapis apa yang bakal kambing mereka akan makan.

Makanan Kambing Kampung.

Bagi memastikan bekalan makanan kambing mencukupi, penternak perlulah bijak dalam mengurus sumber makanan ternakan ini. Penternak yang bijak akan mula menanam rumput sewaktu kandang kambing dibangunkan.

Antara rumput yang sesuai ditanam adalah rumput napier. Rumput jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk tumbuh. Ramai penternak kambing menanam sendiri rumput ini untuk diberikan kepada ternakan mereka.

Rumput napier yang ditanam untuk diberikan kepada kambing.

Akan tetapi, rumput bukanlah satu-satunya sumber makanan bagi kambing. Anda boleh memberi kambing sumber makanan yang lain seperi pelepah kelapa sawit, pokok jagung dan lain-lain lagi.

Artikel berkaitan: Makanan kambing selain rumput.

Makanan Tambahan.

Untuk meningkatkan dan mempercepatkan tumbesaran ternakan, makanan tambahan ataupun suplimen perlu diberikan. Harga seseekor ternakan akan menjadi tinggi sekiranya ia mempunyai tubuh yang sihat dan berat.

Kos makanan tambahan atau pallet sehari adalah RM0.25 sehingga RM0.35. Dalam setahun, penternak perlu membelanjakan RM91 sehingga RM128. Ada juga penternak yang mencampurkan pallet ini dengan isirung sawit dan kelapa bagi menambahkan lagi nutrisi dalam makanan tambahan.

Pemberian makanan kepada kambing kampung perlulah diberi mengikut jadual. Ianya bagi memastikan tumbesaran kambing berada pada tahap optimum.

Contoh jadual cara pemberian makanan ternak kambing kampung.

  • 8 pagi ➡ pallet.
  • 1 tengahari ➡ rumput.
  • 5 petang ➡ rumput.

Cara Rawatan Penyakit Dalam Ternak Kambing Kampung.

Dalam penternakan kambing memang tidak boleh lari daripada serangan penyakit. Antara penyakit yang sering kali terjadi pada ternakan ini adalah kembung perut. Penyakit jenis ini mudah berjangkit daripada ternakan kepada ternakan yang lain.

Ianya berpunca ternakan terlalu banyak makanan yang mengandungi nitrogen seperti kekacang. Sebagai seorang penternak, anda haruslah peka dengan simpton-simpton yang ditunjukan oleh kambing ini. Ianya bagi memberi rawatan awal sebelum penyakit menjadi semakin serius.

Kembung pada perut kambing.

Antara simpton-simpton yang berlaku apabila seseekor kambing itu mengidap kembung perut, perutnya akan kelihatan buncit terutama disebelah kiri. Mulut kambing akan sentiasa mengeluarkan air liur dan mengalami masalah pernafasan.

Jadi rawatan awal yang perlu penternak berikan adalah dengan memberi kambing tadi minum minyak kekacang. Jika tiada, anda boleh juga memberikannya minum minyak sayuran ataupun minyak jagung.

Selain daripada kembung perut, ternakan kambing juga bakal diserang dengan penyakit puru, penyakit paru-paru, kurap dan kuku kambing. Saya ada kongsikan cara pengawalan penyakit-penyakit ini di dalam buku Panduan Rahsia Kambing.

Anda boleh baca buku tersebut dimana saya terangkan secara terperinci dalam Bab 8, iaitu bab cara rawatan dalam ternak kambing kampung.

Buku Rawatan Penyakit Kambing.
Sila isi nama dan emel anda untuk download secara percuma.

Blank Form (#3)

Cara Pembiakan Ternakan Kambing Kampung.

Kambing kampung perlulah diasingkan di dalam kandang mengikut jantina. Mereka hanya diletakkan di dalam satu kandang apabila hendak dibiakkan. Di dalam satu kandang, nisbah seekor kambing jangan adalah 20-50 ekor kambing betina.

Apabila tidak dibiakkan, kambing jantan itu tadi perlulah diasingkan daripada kambing jantan yang lain. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kambing itu menjadi pemangsaan kambing jantan yang lain.

Ini merupakan sebahagian kecil yang dikongsikan dalam ebook Panduan Rahsia Kambing. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut dalam cara ternak kambing kampung, anda boleh baca ebook tersebut di sini.

35 thoughts on “Cara Ternak Kambing Kampung Yang Menguntungkan”

  1. Mohammad Khairul Anwar bin Hussain

    Saya pernah melawat kandang kambing ex-student saya kerana Dua menjemput untuk melawat kandang ya Dari jauh nampak agak tinggi jarak kantai kandang Dari tanah tapi sangat semak kerana lantainya tak bersimen dan pokok2 yang tumbuh ada yg berdaun lebar yang bertindak sbg penakung kepada tinja kambing menyebabkan kambingnya kerap kembung perut dan kerap mati. Saya percaya jarak yg tidak mengikut piawai tersebut menyumbang kpd kematian kambing2nya

    1. Ya betul tu tuan.

      Antara penyebab kambing mati ni disebabkan oleh tisa tinja.

      Antara kesan buruk lantai kandang terlalu rendah ialah mata berair, batuk dan sukar bernafas.

      Jarak antara lantai kandang dengan tanah sekurang-kurangnya 5-6 kaki.

  2. Terimakasih atas perkingsian ilmu tentang kambing ini Tuan, sata bercadang memelihara kambing untuk kegunaan domestik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *