Cara Penjagaan Kambing Yang Sesuai Dijalankan Pada Tahun Ini

Dalam dunia penternakan kambing, cara penjagaan kambing terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu jenis sistem penternakan intensif dan sistem penternakan separa intensif, dan sistem penternakan ekstensif.

Cara penjagaan kambing ini bergantung modal seorang penternak. Walaupun begitu, setiap sistem penternakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Cara penjagaan kambing secara intensif.

Cara penternakan ini menempatkan kambing di dalam kandang. Kambing ini diberikan makan menggunakan kaedah potong dan angkut. Tenaga buruh lebih ramai diperlukan jika menggunakan kaedah penternakan ini.

cara penjagaan kambing dalam kandang

Walaupun begitu, kelebihan menggunakan kaedah intensif ini adalah boleh mengurangkan kambing dijangkiti oleh masalah kecacingan dan keracunan makanan. Sebabnya, makanan yang diberikan kepada kambing adalah sumber yang dipilih oleh penternak, bukan dimakan secara rawak oleh kambing.

Selain daripada itu, kelebihan kaedah intensif ini adalah aktiviti pemantauan adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan kaedah penternakan secara lepas bebas.

Cara penjagaan kambing secara separa intensif.

Kambing dilepas bebas pada waktu siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Kaedah penternakan secara separa intensif ini dapat mengurangkan tekanan kepada ternakan jika hendak dibandingkan kepada kaedah intensif yang mana kambing dikurung 24 jam di dalam kandang.

cara penjagaan kambing secara separa intensif
Kambing ketika pulang daripada mencari makan.

Walaupun ada risiko untuk kambing dijangkiti penyakit ketika mencari makan, penternak boleh buat pemeriksaan ketika kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Kambing bakal terdedah dengan serangan endoparasit dan ektoparasit. Bagi mengelakkan daripada serangan endoparasit, biasanya kambing akan diberikan ubat cacing setiap tiga bulan sekali. Manakala serangan ektoparasit pula, kandang kambing akan disembur dengan malathion (sejenis racun serangga atau kutu).

Cara penjagaan kambing secara ekstensif.

Kaedah penternakan ini dalam bahasa mudah adalah melepaskan kambing untuk mencari makanan sendiri di sesuatu kawasan.

cara penjagaan kambing lepas bebas
Kambing dilepaskan untuk mencari makanan.

Berdasarkan pemerhatian saya, kaedah ekstensif ini paling kurang digunakan dalam ladang-ladang komersil. Kaedah penternakan ini biasanya digunakan oleh penternak kecil-kecilan atau sebagai hobi sambilan.

Sifat semula jadi kambing ini suka meneroka. Hal ini menjadi cabaran kepada mereka yang menggunakan kaedah ekstensif ini dalam pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan mereka.

Antara masalah yang bakal dihadapi jika menggunakan kaedah ternakan secara ekstensif ialah, kehilangan ternakan, penyakit parasit, keracunan, dan kekurangan nutrisi.

Risiko kehilangan ternakan.

Seperti yang kita tahu, kambing akan dibiarkan untuk mencari makanan mereka sendiri. Di sini kemungkinan untuk kambing itu tersesat daripada kawanan mereka juga tinggi. Ada juga kes di mana kambing-kambing ini dicuri oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Ternakan mudah untuk dijangkiti penyakit.

Paling kerap penyakit yang menyerang kambing ini adalah parasit seperti kecacingan. Untuk elakkan permasalahan ini, penternak boleh memberi suntikan ubat cacing kepada ternakan mereka.

Risiko keracunan makanan.

Keracunan makanan ini boleh terjadi apabila kambing memakan tumbuhan yang beracun. Berkemungkinan berpunca daripada kambing yang memakan tumbuhan yang baru diracun oleh pekebun.

Ternakan tidak dapat nutrisi secukupnya.

Kambing hanya makan tumbuhan yang mereka jumpa. Dalam tumbuhan yang mereka makan itu tidak menjamin mempunyai nutrisi yang cukup untuk badan mereka. Kesannya, kambing kelihatan sedikit kurus berbanding kawanan yang lain.

Walaupun begitu, kelebihan menggunakan kaedah ternakan ekstensif ialah penternak akan dapat mengurangkan kos dalam mendapatkan makanan.

Biasanya kambing-kambing ini dilepaskan dalam ladang-ladang kelapa sawit. Najis kambing yang dibuang secara tidak langsung akan dapat menyuburkan tanaman kelapa sawit ini.

Berminat nak ternak kambing kecil-kecilan?

Anda berminat untuk menternak kambing secara kecil-kecilan? Saya ada kongsikan satu artikel khas untuk anda. Boleh klik butang di bawah ini untuk baca artikel tentang cara penjagaan kambing secara kecil-kecilan.

9 thoughts on “Cara Penjagaan Kambing Yang Sesuai Dijalankan Pada Tahun Ini”

    1. Sesuai. Tapi kalau tengok jarang penternak guna pagar elektrik ni. Sebab banyak melibatkan kos. Kos peralatan, kos pemasangan & kos maintenance. Tapi kalau ada bajet, tiada masalah.

  1. tadi ada yg disebutkan untuk sistem semi intensif perlu diberikan ubat cacing setiap tiga bulan, adakah itu perlu jenis ubat yg berbeza2 diberikan setiap bulan, dan kebanyakan ubat cacing tidak bole diberikan pada yg bunting, tuan ada suggestion untuk ubat yg sesuai untuk bunting dan bebeza jenis?

  2. Rahimi Bin Man

    Assalamualaikum,Nak tahu dari anak kambing dilahirkan dan waktu bila kita hendak beri ubat dan vitamin yang teratur untuk mengelakkan kambing di serang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *