Kambing Jamnapari merupakan baka kambing dwi-fungsi. Boleh diternak untuk mendapatkan daging dan boleh juga diternak untuk mendapatkan susu. Untuk pengetahuan anda, kambing Jamnapari ini juga turut dikenali sebagai Etawah.
Asal Usul Baka Jamnapari
Tidak lengkap kiranya jika saya bercerita tentang kambing Jamnapari tanpa menceritakan tentang asal-usulnya kan. Untuk pengetahuan semua, baka Jamnapari ini merupakan baka kambing terbaik dari India.
Nama Jamnapari atau Etawah ini diambil sempena satu daerah di India, iaitu Etawah.
Sesuai dengan nama yang diberi, ‘Pari’ yang membawa maksud gagah. Begitulah ciri-ciri yang terdapat pada kambing ini. Mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan penampilan kelihatan gagah.
Ciri-Ciri Baka Kambing Jamnapari
Bagi anda yang baru lagi dalam bidang penternakan kambing, mungkin anda tidak berapa mahir dalam mengenal pasti baka jenis Jamnapari ini. Antara ciri-ciri Jamnapari yang mudah untuk dikenalpasti adalah seperti berikut.
Gambar Kambing Jamnapari
Berapa Harga Kambing Jamnapari?
Agak-agak anda, berapakah harga Jamnapari ini? Seperti kambing-kambing lain juga, harga seekor kambing itu bergantung kepada jenis baka, jantina dan umur.
Bagi kambing betina, harga seekor kambing betina ialah dalam sekitar RM1,600. Dengan umur melebihi 12 bulan dan ke atas.
Manakala untuk kambing jantan pula, harga seekor kambing jantan boleh mencecah RM3,200. Dengan umur minimum 12 bulan dan ke atas.
Keistimewaan Kambing Jamnapari
Baka Jamnapari ini digemari oleh penternak kerana baka jenis ini mempunyai rintangan serangan penyakit yang baik. Baka yang mempunyai daya tahan penyakit merupakan faktor utama bagi memastikan ternakan ini terus hidup.
Buku Rawatan Penyakit Kambing.
Sila isi nama dan emel anda untuk download secara percuma.
Baka Jamnapari juga mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kambing yang mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran akan terhindar daripada tekanan.
Apabila anda melihat ada kambing yang suka mengasingkan diri, itulah petanda awal kambing itu sedang mengalami tekanan. Tekanan ini boleh menyebabkan kambing kemurungan dan ianya tidak baik untuk tumbesaran bagi seekor kambing.
Artikel berkaitan: Cara Ternak Kambing Kampung Yang Menguntungkan
Kadar kematian Jamnapari juga rendah jika hendak dibandingkan dengan baka-baka lain. Kadar kematian bagi anak kambing ialah tujuh peratus dan kambing dewasa tiga peratus dalam setahun.
Makanan Kambing Jamnapari
Seperti kambing-kambing yang lain juga, baka Jamnapari ini juga memerlukan 70 peratus makanan bersumberkan tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau ini seperti rumput napier, rumput guinea, petai belalang, pelepah sawit, petai belalang, daun nangka dan lain-lain.
Artikel berkaitan: Makanan Kambing Selain Rumput
Makanan daripada tumbuhan hijau ini dapat mengurangkan kos dalam penyediaan makanan. Makanan seperti dedak pula boleh diberikan sebagai makanan tambahan. Ianya bukanlah suatu keutamaan, kerana pemberian dedak sebagai sumber makanan ini akan meningkatkan kos penternakan.
Untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi, seorang penternak kena bijak dalam merancang pemakanan kambing mereka. Jika anda mempunyai 10 ekor kambing, perancangan sumber makanan perlulah tiga bulan ke depan. Ianya bagi memastikan ternakan anda tidak terputus sumber makanan.
Keluasan Kawasan Penternakan
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua cara penternakan yang popular diamalkan di negara kita. Iaitu, sistem penternakan lepas ragut (ekstensif) dan sistem penternakan intensif.
Untuk penternakan lepas ragut, keluasan tanah yang sesuai untuk menternak kambing Jamnapari ialah 6 sehingga 10 ekor untuk seekar tanah.
Bilangan ternakan ini boleh ditingkatkan lagi sekiranya anda menggunakan sistem intensif. Anggaran 100 sehingga 200 ekor kambing boleh ditempatkan untuk setiap ekar tanah jika sistem intensif ini dipraktikkan.
Setiap sistem penternakan ini ada kelebihan masing-masing. Untuk sistem lepas ragut, kambing akan dibebaskan dalam suatu kawasan untuk mencari makanan sendiri. Ini akan dapat mengurangkan kos tenaga pekerja.
Manakala sistem intensif pula, penternak boleh mengawal setiap makanan yang dimakan oleh kambing. Jadi tiadalah masalah keracunan atau kembung perut akibat kambing yang termakan tumbuhan bertoksik.
Artikel berkaitan: Sistem Penternakan Kambing Yang Sesuai
Untuk artikel yang akan datang, saya akan kongsikan cerita tentang baka kambing jenis lain pula. Semoga artikel tentang kambing Jamnapari ini memberikan manfaat kepada anda.
Anda berminat nak menternak kambing? Saya ada kongsikan sedikit senarai modal yang perlu anda sediakan. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Macam mane nak order baka jamnapari original dari ethawa tu
Boleh berurusan dengan penternak berdekatan dengan kawasan tuan.
Nk jual kambing janapari 18 ekor.
Okey
berapa harga? boleh whatapps saya
Saya berada di kota tinggi saya nk bela kambing jamnpari tapi KLU boleh nk yg anak jantan sektor betina sekor agak2 berapa harga dia