Bela Kambing Kecil Kecilan Untuk Penternak Kecil

Nak bela kambing kecil kecilan? Sebenarnya nak mula bela kambing tak perlukan banyak kambing pun pada permulaan. Saya sendiri bermula dengan bela kambing secara kecil kecilan juga. Lebih kepada minat atau hobi sahaja pada ketika itu.

Kenapa perlu bela kambing secara kecil kecilan?

Jika dilihat pada jumlah import kambing pada tahun lepas, sebanyak 12,000 ekor kambing yang diimport ke dalam negara kita pada musim perayaan.

Hal ini menunjukkan permintaan kepada kambing amat memberasangkan. Jadi tidak rugi untuk anda memulakan bela kambing ini walaupun kecil kecilan.

Pada permulaan, saya syorkan anda untuk membeli baka sebanyak dua ekor dahulu. Kebanyakan penternak yang saya temui memulakan bela kambing kecil kecilan mereka dengan membela bawah daripada 10 ekor.

Untuk memulakan projek ternakan kambing ini, anda tidak boleh habiskan duit dengan membeli baka sahaja. Kerana dalam ternakan kambing, kos perlu anda peruntukan adalah kos pembinaan kandang, kos makanan, kos rawatan penyakit.

Berapa Modal Bela Kambing Secara Kecil Kecilan?

Jika bertanyakan berkenaan dengan kos atau modal, ianya agak subjektif kepada saya. Setiap modal permulaan yang dikeluarkan oleh penternak adalah berbeza-beza.

Sebab ianya bergantung kepada baka jenis apa hendak diternak, berapa ekor kambing yang nak dibeli, kandang yang bakal dibina menggunakan bahan apa dan berapa besar ukuran kandang.

kandang kambing untuk ternakan kambing kecil kecilan
Contoh kandang kambing yang sesuai untuk ternakan kambing secara kecil kecilan.

Jika anda nak beli baka yang banyak sudah tentu memerlukan saiz kandang yang besar bukan. Macam saya sendiri, modal permulaan yang saya keluarkan adalah RM6,000. Ianya meliputi kos untuk pembinaan kandang dan membeli baka kambing.

Mesti baca: Kandang kambing atas tanah untuk ternakan kambing.

Baka Kambing.

Untuk membela kambing kecil kecilan, penternak perlu memilih kambing baka apa yang mereka ingin ternak. Baka kambing terbahagi kepada tiga kumpulan.

Kambing Pedaging.

  • Boer, katjang, black bengal, savanna, kalahari red, Jermasia.

Kambing Susu.

  • Alpine, saanen, toggenburg.

Kambing Dwi-fungsi.

Kambing dwi-fungsi diternak untuk mendapatkan susu dan daging.

  • Jambari, anglo-nubian.

Artikel berkaitan: Jenis-jenis kambing yang sesuai diternak

Sumber Makanan Kambing Ternak Secara Kecil Kecilan.

Secara amnya, makanan kambing terbahagi kepada dua. Iaitu makanan utama dan makanan sampingan. Makanan utama bagi kambing ternakan adalah rumput dan dedaun hijau. Bagi memastikan bekalan makanan tidak kehabisan, saya syorkan anda untuk menanam sendiri makanan utama kambing ini.

Mungkin bela kambing secara kecil kecilan ini anda akan menghadapi masalah kekurangan tempat tanaman. Jadi saya sarankan anda untuk menanam tumput napier terlebih dahulu. Kerana rumput jenis ini boleh tumbuh dengan subur walaupun ianya ditanam di dalam kawasan yang kecil.

rumpur napier ternak kambing kecil kecilan
Rumput napier yang ditanam untuk dijadikan makanan kambing.

Walaupun begitu, terdapat lagi tanaman lain boleh anda berikan kepada ternakan anda. Antaranya, rumput guinea, rumput humidicola, setaria, petai belalang, daun nangka, dan jagung.

Artikel berkaitan: Makanan kambing selain rumput yang mudah diperoleh.

Kesimpulan.

Berikutan dengan tingginya permintaan pasaran terhadap kambing-kambing pada hari ini, ianya menunjukkan ternakan kambing adalah suatu bidang perniagaan yang lumayan. Bela kambing secara kecil kecilan merupakan cara yang ramai diamalkan oleh ramai penternak kambing.

Jika anda ingin belajar lebih lanjut dalam bidang ternakan kambing ini, saya syorkan anda untuk baca perkongsian seorang penternak ini. Iaitu Encik Farid Sulaiman yang berpengalaman dalam bela kambing kecil kecilan.

17 thoughts on “Bela Kambing Kecil Kecilan Untuk Penternak Kecil”

  1. Sy ada bela sepansang kmbing sanen.(kmbing susu)dan 4 ekor kambing kampung..soalanya..boleh tak sy letak kn sekali dalam 1 kandang..dalam 1tempat.

    1. Boleh, tak ada masalah. Tapi elakkan letak sekali dengan kambing jantan, takut kambing jantan tu kahwin dengan kambing betina yang berlainan baka. Jadi hasilnya kurang cantik.

  2. Sy berminat untuk ternak kambing cuma tiada tapak. Kalau mohon di jabatan penternakan ada disediakan tak?

    1. Mohd Khairul

      Jabatan penternakan tiada sediakan bantuan daripada segi tapak atau tanah untuk menternak kambing. Selalunya saya tengok penternak menyewa tanah untuk jalankan projek ternakan kambing mereka sendiri. Dengan kata mudah, mereka keluarkan modal mereka sendiri untuk mendapatkan tanah atau tapak penternakan.

  3. Saya ada tanah dengan keluasan setengah ekar, adakah dengan keluasan tersebut bersesuaian untuk ternak kambing daging.

    1. Nak tahu berapa keluasan ternakan kambing, seorang penternak kena ambil kira faktor ini:

      1. Kawasan perumahan kambing (1 bahagian)
      2. Kawasan pengeluaran makanan (2 bahagian)

      Setengah ekar sudah cukup untuk sediakan kawasan perumahan. Tapi untuk tanam sendiri sumber makanan tu, memang tak cukuplah. Melainkan penternak ada sumber makanan lain selain tanam sendiri.

  4. Aslkm tuan,
    Saya ada 2 soalan :

    1) Saya ada tanah dengan keluasan 2 ekar. Dengan keluasan tersebut, berapakah jumlah maksimum kambing yang ideal sekiranya saya menternak kambing daging.
    2) Sekiranya saya ingin memulakan ternakan kambing, selain daripada jabatan veterinar, jabatan apakah lagi yang saya perlu berhubung bagi mendapatkan kursus atau khidmat nasihat dari segi perancangan kewangan dan teknikal?

  5. Saya ada tanah 1 ekar, berapa ekor kambing yang sesuai untuk keluasan tersebut beserta tanaman rumput yg sesuai.
    Jenis kambing katjang menjadi minat saya.

    1. Boleh mula dengan sepasang kambing dulu. Nanti bilangan kambing akan bertambah. Keluasan paling ideal untuk ternak kambing adalah sekurang-kurangnya 3 ekar.

      1. salam, dari sepasang kambing tu, ambil masa brp lama utk membiak jadi byk ekor..boleh bg contoh dr pengalaman sendiri atau kawan2 Tuan? Terima kasih

        1. Banyak tu berapa ekor? Mungkin banyak bagi cik, sikit bagi saya.

          Macam saya sendiri, saya menternak 6 ekor pada permulaan. Dalam masa setahun, bilangan kambing membiak menjadi 20 ekor.

          Pengalaman daripada seorang pakcik dekat kampung saya pula, dia memerlukan masa 7 tahun untuk membiak dari 5 ekor kepada 1,000 ekor kambing.

          Ada banyak faktor sebenarnya mempengaruhi kadar pembiakan ni.

          1. Jenis baka. Ada baka boleh lahirkan banyak anak dalam satu kelahiran.

          Ettawa => 1-3 ekor
          Katjang => 1-4 ekor

          2. Serangan penyakit. Walaupun baka yang diternak itu punyai kadar kelahiran tinggi, apabila terkena serangan penyakit, ianya akan melambatkan kadar pembiakan.

          Cik boleh baca dekat link ini ya untuk info lanjut https://ternakankambing.com/buku/

    1. Tanah ni boleh sewa dulu. Sewa tanah ni murah je. Tapi kena pastikan ada perjanjian hitam putih. Pastikan atas perjanjian tu jelas tempoh sewaan berapa lama, contoh dua atau tiga tahun.

      Sebab ada sebelum ini kawan saya sewa tanah tanpa perjanjian hitam putih, hanya berjanji atas mulut ke mulut jer.

      Kandang dah bina, rumput pun dah tumbuh panjang, tup-tup tuan tanah nak ambil semula tanah dia. Katanya nak didirikan rumah untuk anaknya yang baru kahwin.

      Yang kesiannya dekat kawan saya tu lah. Kambing dah membiak ramai, dah tak tahu nak letak kat mana. Nak cari tanah baru bukan kerja mudah.

  6. Dari sudut undang-undang, kategori penggunaan tanah apa yang boleh digunakan untuk membuat ternakan kambing? Selain kategori tanah, apa lagi keperluan undang-undang membuka kawasan untuk peternakan kambing?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *