Masalah Penternakan Kambing Dihadapi Oleh Para Penternak

Dalam membela kambing memang tidak boleh lari daripada masalah penternakan kambing. Sebagai seorang penternak, anda seharusnya mempunyai ilmu atau kemahiran dalam mengelak permasalahan ini.

Antara masalah penternakan kambing yang dihadapi para penternak:

  • Kesukaran mendapatkan makanan.
  • Kambing dihidapi penyakit.
  • Kecurian atau kehilangan kambing.
  • Modal mengembangkan hasil ternakan.
  • Memasarkan hasil ternakan.

Masalah penternakan kesukaran mendapatkan makanan kambing.

Bila ternakan semakin bertambah, masalah penternakan kambing yang biasa dihadapi oleh penternak adalah mendapatkan sumber makanan. Sumber makanan yang mencukupi adalah perkara wajib bagi memastikan tumbesaran setiap ekor kambing.

Ada juga penternak yang tidak ambil endah tentang perkara ini. Maksudnya di sini, mereka tiada perancangan makanan untuk ternakan mereka untuk hari-hari mendatang.

Apabila mereka hadapi masalah ini, mulalah mereka mereka mencari jalan mudah dengan melepas ternakan mereka untuk mencari makanan sendiri. Sekiranya di kampung, pastinya akan mengundang kemarahan kepada penduduk kampung dengan kambing berkeliaran.

Sepatutnya mereka perlulah merancang sumber makanan untuk kambing belaan mereka.

Seperti yang kita tahu, makanan utama bagi kambing adalah rumput. Seeloknya, simpanan rumput perlulah mencukupi untuk beberapa bulan ke hadapan bagi memastikan tiada masalah kehabisan rumput.

Sebenarnya, ada banyak alternatif lain selain memberikan rumput sebagai makanan kambing. Anda boleh baca artikel di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Mesti baca: Makanan kambing selain rumput bagi menggemukan kambing.

Masalah penternakan kambing dihidapi penyakit.

Dalam menternak kambing memang tidak boleh lari daripada masalah penternakan kambing yang berpenyakit. Sebagai seorang penternak, anda perlulah mengetahui beberapa cara untuk mengatasi serangan penyakit ini.

Kebanyakan penyakit yang sering menyerang ternakan adalah kembung perut.  Jika tidak dikawal seawal mungkin, ternakan yang telah dijangkiti boleh menyebarkan kepada ternakan yang lain.

Punca berlakunya jangkitan ini adalah disebabkan oleh kambing itu terlalu banyak makan makanan yang mengandungi nitrogen. Antara satu contoh makanan yang tinggi nitrogen ialah kekacang.

masalah kambing kembung penternakan
Masalah kambing perut kembung.

Seandainya anda sudah biasa menghadapi penyakit seperti ini, anda sudah boleh menghidu tanda-tanda awal yang berlaku pada kambing. Rawatan awal perlu diberikan bagi mengelakkan keadaan kambing menjadi semakin teruk.

Antara tanda-tanda awal apabila kambing mengidapi kembung perut adalah perut kambing kelihatan buncit terutama di sebelah kiri. Mulut kambing juga akan mengeluarkan lelehan air liur dan juga mengalami kesesakan nafas.

Jadi bagaimana hendak merawat penyakit kembung perut ini?

Mudah sahaja, anda hanya perlu memberi minum kambing tadi dengan minyak kekacang. Sekiranya minyak kekacang ini tiada, anda juga boleh berikan kambing tadi dengan minyak sayuran ataupun minyak jagung.

Selain daripada kembung perut, ternakan kambing juga bakal diserang dengan penyakit puru, penyakit paru-paru, kurap dan kuku kambing. Saya ada kongsikan cara pengawalan penyakit-penyakit ini di dalam buku Panduan Rahsia Kambing.

masalah penternakan rahsia kambing
Buku Rahsia Kambing: Panduan memulakan penternakan kambing.

Anda boleh baca buku tersebut dimana saya terangkan secara terperinci dalam Bab 8, iaitu bab cara rawatan masalah penternakan kambing.

Masalah kecurian dan kehilangan kambing.

Memang menjadi igauan ngeri kepada para penternak apabila kambing ternakan mereka dicuri orang. Risiko untuk berlaku kecurian juga tinggi sekiranya lokasi kandang kambing yang agak berjauhan dengan kediaman penternak. Ini juga menjadi masalah penternakan kambing kepada para penternak.

Risiko untuk kambing hilang juga tinggi sekiranya penternak menggunakan kaedah ternakan ekstensif, iaitu melepas kambing di satu-satu kawasan untuk meragut rumput sendiri.

Bagi mengelakkan berlakunya tragedi sebegini, kawasan ternakan perlulah dipagar agar kambing tidak boleh melompat keluar. Saya ada ceritakan lebih terperinci tentang cara pemagaran kawasan ternakan dalam pembinaan kandang kambing. Anda boleh baca di artikel di bawah.

Mesti baca: Ciri penting kandang kambing atas tanah.

tinggi pagar masalah ternakan kambing
Tinggi pagar yang disyorkan.

Masalah modal kembang hasil ternakan.

Apabila ternakan mula membiak, anda memerlukan sumber makanan dan kandang yang bersesuaian dengan jumlah ternakan anda. Modal diperlukan dalam membesarkan ruangan kandang kambing bagi menjamin keselesaan kambing.

Begitu juga dengan sumber makanan. Penternak perlu menyediakan sejumlah makanan yang besar bagi menampung keperluan kambing-kambing mereka. Ada juga penternak membeli tanah lapang yang baru dalam melepaskan ternakan mereka.

Bukankah itu memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan. Jadi sebagai penternak yang berfikir untuk meningkatkan hasil pengeluaran kambing, anda seharusnya perlu melaburkan sejumlah modal dalam memenuhi keperluan ini.

Ini merupakan dilema yang sering saya terjumpa dikalangan rakan-rakan ternakan.  Sebenarnya, para penternak boleh membuat pinjaman melalui bank-bank yang terlibat, contohnya Agrobank.

Akan tetapi, kerana kekurangan pendedahan tentang kemudahan ini, para penternak sanggup melupakan hasrat mereka itu. Ada juga penternak yang tahu tentang pinjaman ini, tapi mereka fikir kesukaran untuk memohon menjadikan mereka jadi putus asa. Hal ini juga menjadi masalah penternakan kambing kepada para penternak.

Ada penternak yang saya jumpa mengatakan, mereka sudah banyak kali memohon pinjaman daripada bank tetapi tidak diluluskan. Anda perlu tahu, pihak bank memerlukan kertas kerja yang lengkap daripada penternak bagi memastikan mereka tidak memberi pinjaman kepada penternak yang tidak berpotensi.

Anda usah risau, kerana saya sudah sediakan kertas kerja permohonan pinjaman projek ternakan kambing untuk anda. Anda hanya perlu serahkan kertas kerja ini kepada pihak bank dan hanya perlu tunggu untuk mendapat kelulusan.

Kertas kerja permohonan pinjaman projek penternakan kambing.

Masalah Memasarkan Hasil Ternakan.

Kesukaran untuk memasarkan hasil ternakan merupakan yang sering dialami oleh para penternak. Terutamanya penternak yang baru bermula kerana tiada rangkaian atau kenalan yang berpengalaman dalam memasarkan kambing.

Punca kewangan utama sebagai penternak ialah menjual kambing kepada pembeli. Sekiranya tiada urusan jual beli, memang aliran tunai akan menjadi buruk.

Ianya akan memberi kesan kepada kambing ternakan kerana segala kos selenggaraan, ubatan-ubatan, sumber makanan dan upah pekerja memerlukan sumber wang untuk beroperasi dengan baik.

Saya pernah berjumpa dengan rakan penternak yang mengalami masalah memasarkan kambing ini, iaitu Encik Nizar. Pada permulaan tahun pertama pelbagai cabaran yang beliau hadapi. Menurutnya, lima bulan pertama adalah saat yang paling getir baginya.

Kesukaran untuk memasarkan hasil ternakan adalah salah satu masalah terbesar baginya. “Saya pernah terdetik dihati untuk berhenti menternak kambing”, ujarnya.

Atas dasar minat dalam penternakan, beliau menangani masalah dengan banyak bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Anda boleh baca kisah Encik Nizar ini dekat keratan berita Astro Awani dekat sini.

Kesimpulan.

Dalam menjadi penternak yang berjaya sememangnya ada banyak rintangan dan masalah dalam penternakan kambing.

Sekiranya anda ingin mendapatkan lagi banyak ilmu dalam penternakan kambing, saya syorkan anda untuk baca perkongsian daripada Farid Sulaiman.

Encik Farid ini merupakan seorang penternak yang sudi berkongsikan pengalamannya dalam menternak dan cara mengatasi masalah perternakan kambing. Picit butang di bawah ini untuk baca perkongsian beliau.

5 thoughts on “Masalah Penternakan Kambing Dihadapi Oleh Para Penternak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *