Bagaimana cara ternak kambing kampung? Mungkin itu persoalan yang meniti difikiran setiap bakal pengusaha kambing. Sebenarnya, antara sebab anda perlu memilih kambing kampung sebagai ternakan adalah kerana ianya merupakan ternakan yang jinak dan mudah dijaga.
Cara Mudah Ternak Kambing Kampung.
Daripada segi kos pemakanan pula, cara mudah ternak kambing kampung dengan memberi makanan daripada sumber rumput dan dedaun hijau sahaja. Tidak seperti kos makanan haiwan ternakan lain yang agak tinggi seperti menternak ikan atau ayam.
Ciri-Ciri Kambing Kampung.
Kambing kampung atau juga dikenali sebagai kambing Katjang merupakan baka kambing pedaging. Cara ternak kambing kampung tidak jauh berbeza dengan menternak kambing baka jenis lain.
Kambing jenis ini paling mudah ditemui di Malaysia dalam ramai-ramai baka kambing. Ciri-ciri fikizal yang ada pada seekor kambung kampung adalah berbadan kecil dan pendek.
Mempunyai sepasang tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Kebiasaannya, kambing jenis ini mempunyai warna bulu berwarna hitam ataupun coklat. Kambing kampung ini diternak untuk mendapatkan dagingnya.
Kurang sesuai diternak untuk mendapatkan susunya kerana kandungan susu kambing kampung ini adalah kurang. Sekiranya anda berminat dalam penternakan kambing untuk mendapatkan susu, kambing jenis Jamnapari dan Saneen perlu anda utamakan.
Cara Betul Ternak Kambing Kampung.
Dalam menternak kambing baka kampung ini, ada beberapa aspek utama perlu seorang penternak beri keutamaan. Ianya berkaitan dengan pembinaan kandang. Kandang yang baik perlu disediakan sebelum anda membeli baka kambing ini.
Yang kedua adalah sumber makanan. Sumber makanan perlu dirancang awal untuk mengelakkan ternakan kelaparan disebabkan keputusan sumber makanan. Ada beberapa cara untuk menyediakan sumber makanan secara terancang dalam penternakan kambing ini.
Yang ketiga adalah berkaitan dengan rawatan penyakit. Walaupun kambing merupakan ternakan yang agak sukar untuk diserang penyakit berbanding dengan ternakan ayam atau itik, ianya tidak bermakna kambing-kambing ini kalis daripada penyakit.
Oleh itu, saya akan huraikan beberapa aspek ini cara berkesan ternak kambing kampung seperti di bawah ini.
Cara Buat Kandang Ternak Kambing Kampung.
Kandang yang baik amat penting untuk memastikan ternakan kambing anda berada dalam keadaan sihat. Ada beberapa aspek perlu diberikan keutamaan dalam membina sebuah kandang kambing.
Yang pertama adalah sistem pengudaraan. Sistem pengudaraan yang baik dapat memastikan suhu di dalam diturunkan bagi menyejukan ternakan. Ciri rekaan kandang juga perlulah membenarkan cahaya menembusi kandang. Ianya untuk memastikan ruangan dalam kandang kekal kering.
Ruangan yang lembab akan mengundang pembiakan bakteria lalu boleh menjadi punca serangan penyakit. Anda boleh baca artikel ciri-ciri kandang kambing di bawah ini untuk penerangan lebih terperinci.
Mesti Baca: Kandang kambing atas tanah untuk memulakan ternakan.
Dua Cara Ternak Kambing Kampung.
Dalam dunia penternakan kambing terdapat dua cara untuk ternak kambing kampung. Pertama adalah melalui penternakan secara intensif. Kambing akan dikurung di dalam kandang dan makanan akan diberikan dengan mengangkut makanan ke dalam kandang.
Kedua pula adalah kaedah ternakan secara ekstensif. Kambing dilepaskan dalam suatu kawasan untuk mereka mencari makan sendiri. Kebiasaannya cara ternak kambing seperti ini dilakukan oleh penternak-penternak kecil.
Masalah yang kerap dihadapi apabila melakukan kaedah ternakan secara ekstensif adalah peratusan kambing hilang adalah tinggi. Masalah keracunan makanan dan kekurangan nutrisi pada kambing juga akan berlaku kerana penternak tidak dapat menapis apa yang bakal kambing mereka akan makan.
Makanan Kambing Kampung.
Bagi memastikan bekalan makanan kambing mencukupi, penternak perlulah bijak dalam mengurus sumber makanan ternakan ini. Penternak yang bijak akan mula menanam rumput sewaktu kandang kambing dibangunkan.
Antara rumput yang sesuai ditanam adalah rumput napier. Rumput jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk tumbuh. Ramai penternak kambing menanam sendiri rumput ini untuk diberikan kepada ternakan mereka.
Akan tetapi, rumput bukanlah satu-satunya sumber makanan bagi kambing. Anda boleh memberi kambing sumber makanan yang lain seperi pelepah kelapa sawit, pokok jagung dan lain-lain lagi.
Artikel berkaitan: Makanan kambing selain rumput.
Makanan Tambahan.
Untuk meningkatkan dan mempercepatkan tumbesaran ternakan, makanan tambahan ataupun suplimen perlu diberikan. Harga seseekor ternakan akan menjadi tinggi sekiranya ia mempunyai tubuh yang sihat dan berat.
Kos makanan tambahan atau pallet sehari adalah RM0.25 sehingga RM0.35. Dalam setahun, penternak perlu membelanjakan RM91 sehingga RM128. Ada juga penternak yang mencampurkan pallet ini dengan isirung sawit dan kelapa bagi menambahkan lagi nutrisi dalam makanan tambahan.
Pemberian makanan kepada kambing kampung perlulah diberi mengikut jadual. Ianya bagi memastikan tumbesaran kambing berada pada tahap optimum.
Contoh jadual cara pemberian makanan ternak kambing kampung.
- 8 pagi ➡ pallet.
- 1 tengahari ➡ rumput.
- 5 petang ➡ rumput.
Cara Rawatan Penyakit Dalam Ternak Kambing Kampung.
Dalam penternakan kambing memang tidak boleh lari daripada serangan penyakit. Antara penyakit yang sering kali terjadi pada ternakan ini adalah kembung perut. Penyakit jenis ini mudah berjangkit daripada ternakan kepada ternakan yang lain.
Ianya berpunca ternakan terlalu banyak makanan yang mengandungi nitrogen seperti kekacang. Sebagai seorang penternak, anda haruslah peka dengan simpton-simpton yang ditunjukan oleh kambing ini. Ianya bagi memberi rawatan awal sebelum penyakit menjadi semakin serius.
Antara simpton-simpton yang berlaku apabila seseekor kambing itu mengidap kembung perut, perutnya akan kelihatan buncit terutama disebelah kiri. Mulut kambing akan sentiasa mengeluarkan air liur dan mengalami masalah pernafasan.
Jadi rawatan awal yang perlu penternak berikan adalah dengan memberi kambing tadi minum minyak kekacang. Jika tiada, anda boleh juga memberikannya minum minyak sayuran ataupun minyak jagung.
Selain daripada kembung perut, ternakan kambing juga bakal diserang dengan penyakit puru, penyakit paru-paru, kurap dan kuku kambing. Saya ada kongsikan cara pengawalan penyakit-penyakit ini di dalam buku Panduan Rahsia Kambing.
Anda boleh baca buku tersebut dimana saya terangkan secara terperinci dalam Bab 8, iaitu bab cara rawatan dalam ternak kambing kampung.
Buku Rawatan Penyakit Kambing.
Sila isi nama dan emel anda untuk download secara percuma.
Cara Pembiakan Ternakan Kambing Kampung.
Kambing kampung perlulah diasingkan di dalam kandang mengikut jantina. Mereka hanya diletakkan di dalam satu kandang apabila hendak dibiakkan. Di dalam satu kandang, nisbah seekor kambing jangan adalah 20-50 ekor kambing betina.
Apabila tidak dibiakkan, kambing jantan itu tadi perlulah diasingkan daripada kambing jantan yang lain. Ianya bertujuan untuk mengelakkan kambing itu menjadi pemangsaan kambing jantan yang lain.
Ini merupakan sebahagian kecil yang dikongsikan dalam ebook Panduan Rahsia Kambing. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut dalam cara ternak kambing kampung, anda boleh baca ebook tersebut di sini.
Terima kasih tuan sebab sudi kongsikan cara ternak kambing ini. Insyallah saya akan mula ternak kambing lepas raya nanti.
Sama-sama puan. Semoga projek ternakan puan berjaya dengan jayanya.
Saya berminat nak ternak kambing, tapi masih dilema nak ternak kambing baka yang mana satu. Apa pendapat tuan?
Bergantung kepada tujuan jugak tuan. Kalau nak ternak kambing pedaging, kenalah ternak kambing Boer, Katjang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red & Jermasia.
Kalau nak jenis tenusu kenalah ternak kambing Alpine, Saanen & Toggenburg.
Kalau nak dua-dua tenusu dan daging, kenalah ternak Jamnapari & Anglo-Nubian.
saya bermina ternak kambinguntukpenuhi masa lapang kerana baru pencen. Ilmu tiada langsung….zero Mohon bimbingan
Saya ada keluarkan satu buku panduan dalam penternakan kambing. Saya syorkan tuan untuk praktis apa yang saya kongsikan dalam buku ini terlebih dahulu.
Perkara asas yang perlu setiap penternak kambing perlu tahu. Info lanjut pasal buku ini saya ada kongsikan dekat https://ternakankambing.com/belajar-ternak-kambing/
Trima kasih berkongsi ilmu
Sama-sama tuan
Sama lah dgn saya ni.. Raso2 nak bela kambing lepas pencen ni… In Shaa Allah
Macam mana saya nak bermula ye klau saya masih kerja tapi ingin menternak perlukah saya cari pekerja dan harap 100% atas pekerja tu ?
Itulah yang terbaik. Cuba upah orang dahulu pada peringkat awal. Tunggu untuk ternakan membiak dulu. Masa itu tuan boleh buat keputusan sama ada nak bagi perhatian 100% ataupun tak. Sebab dunia penternakan kambing ini memang menguntungkan.
Terima Kasih kerana kongsikan informasi.
sama-sama tuan
Salam tuan.
Saya ada sebidang tanah seluas 3 ekar tapi agak jauh dari rumah (dalam sejam perjalanan dan terletak agak ke dalam daripada jalan besar). Tanah tersebut bercerun. Saya berminat untuk membela kambing di tanah tersebut sebelum saya bersara wajib dan seterusnya menjadikan kerjaya full time saya selepas persaraan.
Soalan saya:
1) adakah perlu saya ratakan sebahagian tanah untuk membina kandang.
2) Kedua kerana jarak yang jauh, adakah wajar saya menggajikan pekerja untuk tinggal di tanah tersebut untuk menjaga kambing? Adakah kecurian/kehilangan kambing satu masalah yang biasa terjadi?
Terima kasih.
1. Ye kena ratakan dulu. Sebab akan memudahkan kerja perbersihan kandang.
2. Perlu. Sebab harga seekor kambing sekarang memang tinggi. Kadar kecurian pun meningkat sejak kebelakangan ini.
terima kasih bnyk atas info yg bermanfaat..
sama2 tuan
Salam tuan. Saya baru dua minggu membeli sepasang kambing betina dan seekor jantan. Apa yg perlu saya lakukan dengan najis kambing yg jatuh di bawah kandang tu ya tuan? Bawah kandang kambing adalah rumput dan tanah.
Najis kambing tu sepatutnya perlu dibuang daripada bawah kandang tu. Itu salah satu cara untuk elakkan berlakunya punca penyakit kepada kambing.
Seeloknya, bahagian bawah kandang tu perlu dibuat lantai simen. Jadi kerja pembersihan najis kambing menjadi lebih mudah.
Saya ada cerita tentang lantai tu dekat blog ni. BACA SINI
Salam Tuan Khairul.. bolehkah saya invest dgn tuan.. untuk menjana atau tambah pendapatan saya.. jika boleh.. tolong share syarat & modal minimum utk invest