Ramai yang bertanya kepada saya tentang berapa modal ternak kambing yang sebenar. Jadi untuk menjawab persoalan itu, beberapa faktor yang akan menentukan berapakah modal ternak kambing yang perlu anda sediakan.
Modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kos permulaan. Kos permulaan ini melibatkan baka, kandang, pagar, utiliti (air & elektrik).
Manakala bahagia kedua pula kos operasi. Kos operasi melibatkan makanan asasi, makanan tambahan, ubat-ubatan, racun serangga, doktor.
Modal Pembinaan Kandang Ternak Kambing.
Modal membina kandang bergantung kepada berapa ramai kambing anda ingin ternak pada permulaan. Sekiranya modal anda terhad, saya amat syorkan anda untuk bermula dengan sepasang kambing jantan dan betina.
Kos menyediakan kandang kambing ini sekitar RM2,000. Tapi kos ini dapat dikurangkan lagi sekiranya anda menggunakan kayu-kayu terpakai.
Antara kayu-kayu terpakai boleh anda peroleh adalah di kawasan pembinaan, rumah-rumah lama yang dirobohkan.
Jangan terlalu teruja untuk menternak kambing sehingga modal habis digunakan dalam membina kandang. Anda perlu tahu, kandang hanya berfungsi untuk memberi tempat perlindungan kepada kambing daripada panas dan hujan sahaja.
Kerana kandang yang cantik tidak menjamin kambing didalamnya akan besar dan sihat. Tapi jika anda mempunyai modal yang mencukupi, pembinaan kandang yang baik merupakan pelaburan yang baik untuk anda.

Ciri-ciri kandang kambing yang baik.
- Sistem pengudaraan yang baik bagi merendahkan suhu dalam kandang.
- Kedudukan kandang yang membenarkan cahaya matahari memasuki kandang. Bertujuan untuk merendahkan kelembapan dalam kandang.
- Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang.
- Terlindung daripada angin kencang, hujan dan panas.
- Najis mudah dibersihkan dan dikumpulkan.
- Lantai yang mengikut piawaian untuk mengelakkan kambing terseliuh.
- Ruangan makan dan minum yang mencukupi.
Di atas ini merupakan ringkasan daripada ciri-ciri kandang kambing yang perlu dibina. Untuk huraian lebih terperinci, anda boleh baca di pautan di bawah ini.
Mesti baca: Ciri kandang kambing atas tanah yang perlu diutamakan.
Untuk pembinaan pagar pula, pagar yang terbaik adalah daripada konkrik. Tapi ada juga penternak yang menggunakan batang pokok dalam mengurangkan kos. Ianya bergantung kepada kretiviti dan modal seseorang penternak.
Modal Kos Makanan Ternak Kambing.
Sumber makanan bagi seekor kambing terbahagi kepada dua. Iaitu sumber makanan utama dan makanan tambahan.
Makanan utama seekor kambing adalah tumbuhan hijau seperti rumput. Rumput mencukupi perlu diberikan kepada kambing-kambing ternakan bagi menjamin tumbesaran mereka.
Seorang penternak biasanya akan menanam rumput mereka sendiri bagi menjamin mutu makanan kambing mereka. Antara rumput yang saya syorkan kepada penternak untuk ditanam adalah rumput Napier.
Rumput Napier ini memang sesuai dijadikan makanan kambing kerana ianya dapat tumbuh dan membesar dengan cepat. Walaupun di kawasan yang kecil, rumput ini dapat tumbuh dengan kadar rapat dan tebal.

Mesti baca: Makanan selain rumput untuk menggemukkan kambing.
Makanan tambahan pula perlu diberikan kepada kambing supaya membantu tumbesaran. Makanan tambahan ini lebih dikenali sebagai pallet dikalangan penternak-penternak kambing.
Adakah pallet ini wajib diberikan kepada kambing?
Sudah tentu. Hal ini disebabkan kandungan pallet diadun khas dengan nutrisi-nutrisi yang penting diperlukan bagi setiap ekor kambing. Walaupun modal pallet ternak kambing ini agak tinggi, ianya berbaloi kerana kambing yang diberikan pallet ini akan kelihatan gemuk dan sihat.
Modal Beli Baka Kambing.
Modal baka ternak kambing ini berlainan mengikut jenis-jenis kambing. Kambing yang biasa diternak di negara kita adalah jenis Boer, Jamnapari, Katjang, Saneen dan Anglo Nubian.
Kambing-kambing jenis ini diternak untuk diperoleh daging atau susu. Jika untuk mendapat daging, kambing jenis Boer lebih sesuai. Dan sekiranya diternak untuk diperoleh susu, kambing jenis Saneen lebih bersesuaian.



Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis Baka Kambing Yang Sesuai Diternak di Negara Kita.
Harganya kambing pula dalam RM600 sehingga RM1,500, bergantung kepada jenis baka dan umur. Baka yang berumur enam bulan sudah tentu lagi murah daripada baka umur dua tahun bukan.
Ciri-ciri baka kambing yang baik.
Baka jantan:
- Berbadan besar dan berat badan melebihi 25kg.
- Berkepala sederhana, bertanduk dan punyai mata bersinar.
- Leher dan bahu tidak panjang.
- Kaki belakang lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh.
- Tapak kaki rata dan boleh berdiri tegap.
- Tabiat cergas serta gagah.
- Sihat dan tiada penyakit berjangkit.
Baka betina:
- Berbadan sedang dan berat tidak kurang daripada 20kg
- Leher jinjang, bahu kecil dan sempit.
- Kaki hadapan tegap dan kukuh dan selari antara kedua-dua.
- Sihat dan tiada penyakit berjangkit.
- Cergas serta subur.
Modal Ubat-Ubatan Dalam Ternak Kambing.
Dalam menternak kambing, penyakit itu sudah menjadi perkara biasa bagi penternak. Bagi membendung masalah penyakit ini, ubat-ubatan perlu disediakan sebagai langkah awal rawatan.

Group Penternak
Selain daripada blog, kami juga aktif dalam berkongsi info & tips penternakan dalam group telegram. Sila join telegram agar anda tidak terlepas info penting penternakan kambing.
Ubat luka.
Ubat luka yang boleh digunakan adalah iodin. Iodin ini hanya sesuai untuk luka-luka luaran sahaja dan tidak sesuai untuk luka berulat.
Ubat untuk luka berulat.
Saya syorkan anda untuk guna Prosanex. Bagi saya Prosanex ini lebih berkesan dalam mengubati luka berulat. Tambahan pula ianya jenis semburan, maka lebih mudah digunakan. Harga dalam RM39 sebotol.

Antibiotik.
Antibiotik merupakan asas bagi penyakit yang berkaitan dengan selsema ataupun boleh digunakan ketika kambing kelihatan kurang cergas, kurang selera makan, ataupun kemurungan. Antibiotik yang saya syorkan adalah Terramycin.

Ubat penyakit kecacingan, kutu dan kurap.
Penyakit ini merupakan penyakit tiga serangkai yang kerap menyerang kambing. Anda boleh menggunakan Cidectin (jenis sapu) untuk merawat penyakit jenis ini. Cara penggunaan hanya perlu disapu di celah-celah bulu ternakan.
Buku Percuma!

Buku Rawatan Penyakit Kambing.
Sila klik butang ‘Download Sekarang’ untuk akses secara percuma.

Kesimpulan.
Modal ternak kambing bergantung kepada kuantiti ternakan yang anda ingin hasilkan. Modal menternak 10 ekor kambing mesti lagi rendah daripada menternak 100 ekor kambing bukan?
Sekiranya anda ingin mendalami lebih lanjut selok-belok dunia penternakan kambing, saya amat syorkan anda untuk baca perkongsian seorang penternak kambing ini.

Segala rahsia dalam menternak kambing boleh diperoleh daripada perkongsian beliau itu. Sekian perkongsian tentang modal ternak kambing.
Sekiranya anda ada persoalan, boleh komen di ruangan di bawah.
nak bertanya tentang pengurusan najis kambing. Bagaimana urusan najis ni, samada ada pihak2 tertentu yg akan mengambil najis tersebut utk di buat baja ataupun kita perlu menguruskan sendiri najis tersebut. Kebun sy (3 ekar) terletak lebih kurang 1km dari rumah sekeliling dan dikelilingi oleh getak dan sawit, sya fikir ia adalah satu lokasi yg strategik utk memulakan usaha ternakan kambing daging ini… bercadang utk memulakan dgn 50 ekor dahulu, dan juga bercadang ingin menanam rumput napier sbg makanan sampingan kambing.
Pihak tertentu ambil untuk buat baja itu bergantung kepada keadaan setempat. Ada yang tak perlukan tahi kambing, ada yang nak.
Macam saya sendiri, segala urusan pengurusan najis kambing memang dilakukan oleh saya sendiri. Ada macam-macam cara boleh dilakukan.
Jika anda menanam rumput sendiri untuk makanan kambing, najis kambing tu boleh dijadikan baja untuk rumput tu. Rumpur akan jadi lebih subur.
Lagi satu, anda boleh proses najis kambing ini untuk dijadikan makanan cacing. Hanya campur najis kambing dengan habuk kayu saja. Medium yang baik boleh dijual dengan RM5-RM6 untuk sekilogram.
Soalan pertama
Untuk seekor baka jantan boleh dikahwinkan dengan berapa ekor betina?
Soalan kedua
Saya nak bela kambing untuk permulaan 10 ekor. Berapa saiz kandang kambing yang diperlukan?
Soalan ketiga
Saya nak jual daging, kambing golek dan susu. Kambing jenis mana yang terbaik?
Soalan keempat
Lebih baik beli baka jantan dan betina yang asli atau pun kena mix kan ibu dan bapa kambing untuk dapatkan anak kambing yang terbaik? Contoh baka jantan boer dan betina boer atau pun jantan boer dan betina jamnapari ataupun sebaliknya. Sebab saya nak focus kepada jual daging, kambing golek dan juga susu.
Mohon penjelasan. Saya masih dalam perancangan untuk menternak kambing sebab sekarang saya bekerja di oversea. Sedang kumpul modal untuk beli tanah di kawasan terengganu dan menternak kambing.
Terima kasih didahulukan.
1. Nisbah betina jantan, 25:1
2. Kambing dewasa memerlukan keluasan 8 – 15 kaki persegi. Untuk 10 ekor, 10’X17′ sudah terlebih cukup. Kandang terlebih besar daripada jumlah kambing tak apa. Sebab bilangan kambing akan bertambah.
3. Kambing diternak untuk susu dan daging ini dipanggil kambing dwifungsi. Jamnapari & Anglo-Nubian.
4. Tak ada masalah. Saya sendiri kahwinkan betina Katjang dengan Jamnapari. Setakat ini, anak yang dilahirkan sihat dan besar.
Salam..sya syafiq berasal dari sabah Sya ad 1 ekar tanah..jadi sya berhasrat utk menternak kambing.bagai manah sya nak mulakan..pasal sekarang ne sya kekurangan modal untuk membuat kandang kambing dan membeli baka kambing yg baik,rumput itu tak jadi masalah bagi sya..pasal kandang yg sya nak buat ne berdakatan dengan desa farm..
Boleh bermula dengan skala yang kecil dulu. Beli sepasang kambing jantan betina. Pastikan jelas nak ternak kambing jenis apa, sama ada pedaging atau penusu.
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin tahu kos untuk permulaan dalam pertenakkan kambing. Saya tidak mempunyai kambing tapi saya ada tempat/kandangnya. Saya ingin membela kambing ‘boer’ dalam nisbah 1 : 10. Harap tuan dpt membantu.
Harga semasa kambing boer antara RM450-RM2,500 seekor. Anda boleh buat pengiraan sendiri berapa bajet diperlukan.
salam
saya nak tanya:-
1. Saya ada tanah ditanam dengan kelapa sawit berumur 10 tahun berkeluasan 3 ekar. Kalau saya nak pelihara kambing baka pedaging dan susu, jenis apa yang sesuai untuk saya bela?
2. Kalau kandang kambing nie memang kena buat jenis atas je ke atau ada jenis kandang lain.
3. Kalau saya nak mulakan dengan ternakan 10 ekor kambing,sesuainya nisbah jantan dan betina berapa ya.
1. Baka dwi-fungsi (pedaging & tenusu) yang sesuai diternak di iklim negara kita ialah Jamnapari & Anglo-Nubian.
2. Ada dua jenis. Satu kandang jenis lantai tanah, kedua jenis lantai kayu. Kebanyakan penternak bina kandang guna lantai kayu. Sebab nak memudahkan proses pengurusan tinja kambing. Selain tu, lantai kayu ni boleh elakkan berlakunya jangkitan penyakit.
3. 9 betina 1 jantan.
Hanya campur najis kambing dengan habuk kayu saja Ke?? Cacin? Cacin kena belike?? Abang
Tak perlu beli
Berapa luas tanah yg sesuai dipagar untuk ternakan kambing?
Bergantung kepada modal dan cara penternakan.
Kalau secara intensif, hanya perlu pagar kawasan kandang sahaja. Kalau ternak secara ekstensif, kena pagar kawasan kambing dilepas untuk mencari makan.
Sudah tentu modal untuk pagar kawasan secara ekstensif lebih tinggi berbanding intensif.
Kalau saya andaikan tuan tiada kekangan daripada modal, keluasan tanah yang sesuai ialah keluasan tanah kambing dilepaskan untuk meragut makanan sendiri.
Tahu tak intensif dan ekstensif? Kalau tak, boleh baca dekat sini
Klik Sini
Assalamualaikum dimana boleh beli kambing susu yg harga berpatutan di negeri Terengganu
Ye ada
salam tuan. terima kasoh kerana perkongsian ilmu kepada penternak baru. semoga allah memberi rezeki yg lebih luas kpd tuan. soalan saya :-
1. Pada pandangan tuan, apakah baka kambing pedaging terbaik bernilai tinggi utk pasaran tempatan.
2. Di mana saya boleh mendapatkan baka2 tersebut di kawasan selangor khususnya. (pohon rujukan jika ada)
terima kasih.
Kambing bernilai tinggi ini ialah kambing kacukan. Contohnya, Boer kacuk Saneen, Jamnapari kacuk Anglo Nubian, dan lain-lain. Harga baka kacuk seperti Jamnapari kacuk Anglo Nubian ini boleh mencecah RM8k seekor. Tapi perlu ingat, walaupun baka kacuk ini berharga tinggi, tak semua pembeli mampu untuk membeli.
Nak pilih baka ini tidak boleh tengok pada harga jual sahaja. Kita kena tengok juga daya tahan penyakit baka yang bakal diternak. Kena tengok juga kadar kelahiran, tempoh matang berapa bulan, dan lain-lain.
Bagi saya, lebih baik ternak baka yang mampu dibeli oleh pembeli. Contohnya seperti baka jenis Katjang. Ianya jenis baka pedaging yang kerap kali dicari apabila tibanya perayaan seperti hari raya korban. Tambahan lagi, baka jenis ini lebih kuat daya tahan penyakit.
Nak beli baka ini tak ada tempat khusus. Boleh saja bertanya kepada penternak yang berdekatan dengan kawasan tuan. Pasti akan ada yang menjual baka.