Ramai yang bertanya kepada saya tentang berapa modal ternak kambing yang sebenar. Jadi untuk menjawab persoalan itu, beberapa faktor yang akan menentukan berapakah modal ternak kambing yang perlu anda sediakan.
Modal ternak kambing terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah kos permulaan. Kos permulaan ini melibatkan baka, kandang, pagar, utiliti (air & elektrik).
Manakala bahagia kedua pula kos operasi. Kos operasi melibatkan makanan asasi, makanan tambahan, ubat-ubatan, racun serangga, doktor.
Modal Pembinaan Kandang Ternak Kambing.
Modal membina kandang bergantung kepada berapa ramai kambing anda ingin ternak pada permulaan. Sekiranya modal anda terhad, saya amat syorkan anda untuk bermula dengan sepasang kambing jantan dan betina.
Kos menyediakan kandang kambing ini sekitar RM2,000. Tapi kos ini dapat dikurangkan lagi sekiranya anda menggunakan kayu-kayu terpakai.
Antara kayu-kayu terpakai boleh anda peroleh adalah di kawasan pembinaan, rumah-rumah lama yang dirobohkan.
Jangan terlalu teruja untuk menternak kambing sehingga modal habis digunakan dalam membina kandang. Anda perlu tahu, kandang hanya berfungsi untuk memberi tempat perlindungan kepada kambing daripada panas dan hujan sahaja.
Kerana kandang yang cantik tidak menjamin kambing didalamnya akan besar dan sihat. Tapi jika anda mempunyai modal yang mencukupi, pembinaan kandang yang baik merupakan pelaburan yang baik untuk anda.

Ciri-ciri kandang kambing yang baik.
- Sistem pengudaraan yang baik bagi merendahkan suhu dalam kandang.
- Kedudukan kandang yang membenarkan cahaya matahari memasuki kandang. Bertujuan untuk merendahkan kelembapan dalam kandang.
- Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang.
- Terlindung daripada angin kencang, hujan dan panas.
- Najis mudah dibersihkan dan dikumpulkan.
- Lantai yang mengikut piawaian untuk mengelakkan kambing terseliuh.
- Ruangan makan dan minum yang mencukupi.
Di atas ini merupakan ringkasan daripada ciri-ciri kandang kambing yang perlu dibina. Untuk huraian lebih terperinci, anda boleh baca di pautan di bawah ini.
Mesti baca: Ciri kandang kambing atas tanah yang perlu diutamakan.
Untuk pembinaan pagar pula, pagar yang terbaik adalah daripada konkrik. Tapi ada juga penternak yang menggunakan batang pokok dalam mengurangkan kos. Ianya bergantung kepada kretiviti dan modal seseorang penternak.
Modal Kos Makanan Ternak Kambing.
Sumber makanan bagi seekor kambing terbahagi kepada dua. Iaitu sumber makanan utama dan makanan tambahan.
Makanan utama seekor kambing adalah tumbuhan hijau seperti rumput. Rumput mencukupi perlu diberikan kepada kambing-kambing ternakan bagi menjamin tumbesaran mereka.
Seorang penternak biasanya akan menanam rumput mereka sendiri bagi menjamin mutu makanan kambing mereka. Antara rumput yang saya syorkan kepada penternak untuk ditanam adalah rumput Napier.
Rumput Napier ini memang sesuai dijadikan makanan kambing kerana ianya dapat tumbuh dan membesar dengan cepat. Walaupun di kawasan yang kecil, rumput ini dapat tumbuh dengan kadar rapat dan tebal.

Mesti baca: Makanan selain rumput untuk menggemukkan kambing.
Makanan tambahan pula perlu diberikan kepada kambing supaya membantu tumbesaran. Makanan tambahan ini lebih dikenali sebagai pallet dikalangan penternak-penternak kambing.
Adakah pallet ini wajib diberikan kepada kambing?
Sudah tentu. Hal ini disebabkan kandungan pallet diadun khas dengan nutrisi-nutrisi yang penting diperlukan bagi setiap ekor kambing. Walaupun modal pallet ternak kambing ini agak tinggi, ianya berbaloi kerana kambing yang diberikan pallet ini akan kelihatan gemuk dan sihat.
Modal Beli Baka Kambing.
Modal baka ternak kambing ini berlainan mengikut jenis-jenis kambing. Kambing yang biasa diternak di negara kita adalah jenis Boer, Jamnapari, Katjang, Saneen dan Anglo Nubian.
Kambing-kambing jenis ini diternak untuk diperoleh daging atau susu. Jika untuk mendapat daging, kambing jenis Boer lebih sesuai. Dan sekiranya diternak untuk diperoleh susu, kambing jenis Saneen lebih bersesuaian.



Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis Baka Kambing Yang Sesuai Diternak di Negara Kita.
Harganya kambing pula dalam RM600 sehingga RM1,500, bergantung kepada jenis baka dan umur. Baka yang berumur enam bulan sudah tentu lagi murah daripada baka umur dua tahun bukan.
Ciri-ciri baka kambing yang baik.
Baka jantan:
- Berbadan besar dan berat badan melebihi 25kg.
- Berkepala sederhana, bertanduk dan punyai mata bersinar.
- Leher dan bahu tidak panjang.
- Kaki belakang lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh.
- Tapak kaki rata dan boleh berdiri tegap.
- Tabiat cergas serta gagah.
- Sihat dan tiada penyakit berjangkit.
Baka betina:
- Berbadan sedang dan berat tidak kurang daripada 20kg
- Leher jinjang, bahu kecil dan sempit.
- Kaki hadapan tegap dan kukuh dan selari antara kedua-dua.
- Sihat dan tiada penyakit berjangkit.
- Cergas serta subur.
Modal Ubat-Ubatan Dalam Ternak Kambing.
Dalam menternak kambing, penyakit itu sudah menjadi perkara biasa bagi penternak. Bagi membendung masalah penyakit ini, ubat-ubatan perlu disediakan sebagai langkah awal rawatan.

Group Penternak
Selain daripada blog, kami juga aktif dalam berkongsi info & tips penternakan dalam group telegram. Sila join telegram agar anda tidak terlepas info penting penternakan kambing.
Ubat luka.
Ubat luka yang boleh digunakan adalah iodin. Iodin ini hanya sesuai untuk luka-luka luaran sahaja dan tidak sesuai untuk luka berulat.
Ubat untuk luka berulat.
Saya syorkan anda untuk guna Prosanex. Bagi saya Prosanex ini lebih berkesan dalam mengubati luka berulat. Tambahan pula ianya jenis semburan, maka lebih mudah digunakan. Harga dalam RM39 sebotol.

Antibiotik.
Antibiotik merupakan asas bagi penyakit yang berkaitan dengan selsema ataupun boleh digunakan ketika kambing kelihatan kurang cergas, kurang selera makan, ataupun kemurungan. Antibiotik yang saya syorkan adalah Terramycin.

Ubat penyakit kecacingan, kutu dan kurap.
Penyakit ini merupakan penyakit tiga serangkai yang kerap menyerang kambing. Anda boleh menggunakan Cidectin (jenis sapu) untuk merawat penyakit jenis ini. Cara penggunaan hanya perlu disapu di celah-celah bulu ternakan.
Kaedah Rawatan Penyakit Kambing

Sila isikan nama dan emel anda untuk download buku ini secara percuma.
Kesimpulan.
Modal ternak kambing bergantung kepada kuantiti ternakan yang anda ingin hasilkan. Modal menternak 10 ekor kambing mesti lagi rendah daripada menternak 100 ekor kambing bukan?
Sekiranya anda ingin mendalami lebih lanjut selok-belok dunia penternakan kambing, saya amat syorkan anda untuk baca perkongsian seorang penternak kambing ini.
Segala rahsia dalam menternak kambing boleh diperoleh daripada perkongsian beliau itu. Sekian perkongsian tentang modal ternak kambing.
Sekiranya anda ada persoalan, boleh komen di ruangan di bawah.
Salam tuan, boleh tahu apa maksud penternakan kambing secara Komersial ? Dan apakah antara persediaan penting utk mulakan ? Terima kasih
Menternak secara komersil ini bermaksud menternak kambing untuk tujuan penjualan. Penjualan ini bukan bermaksud menjual kambing sahaja, ianya meliputi menjual susu kambing, jual baka, dan sebagainya. Jika melihat kepada penternak yang menternak secara komersial, memang sistem penternakan mereka terurus. Ada kandang yang mengikut speksifikasi kandang kambing yang baik, ada sumber makanan yang ditanam sendiri, ada pekerja yang menguruskan semua perihal kambing.
Ini pula saya bagi contoh menternak kambing tanpa komersial. Kebanyakan penternak-penternak kecil yang baru bermula, ada yang menternak kambing sekadar hobi atau sekadar mengisi masa lapang sahaja. Kalau ada lebihan kambing, mereka akan jual.
Semoga menjawab soalan tuan tadi.
Nak Tanya kalau saya nak bela kambing ni hanya 1ekor sahaja boleh ke?
Wasap saya untuk belian baka betina dan untuk mulakan pawah
Dimana saya boleh dapatkan baka kambing untuk daging dan susu
salam.. macam mana nak mula ternak kambing dari kosong? saya berminat nak mulakan tapi tak yakin
Wasalam.. saya telah tulis panduan khas untuk menternak kambing. Tuan boleh rujuk dekat link ini ya.
https://ternakankambing.com/belajar-ternak-kambing/
Salam sejahtera tuan.Boleh tak saya melawat kandang kambing tuan..saja untuk menambah ilmu pengetahuan dan melihat spesifikasi kandang.
Teriam kasih di atas artikel yang membantu ini. Saya ada soalan, kerajaan ada bagi geran tak untuk mula ternak?
Nak mula menternak memang tak ada. Tapi untuk kembangkan penternakan memang ada geran. Saya syorkan untuk ternak kambing dulu. Buktikan projek ternakan itu boleh mendatangkan hasil. Simpan semua rekod pembelian baka, penjualan, kos penyelenggaraan.
Dengan bukti-bukti inilah yang boleh meyakinkan pelabur untuk melabur dengan projek ternakan kita. Bukan hanya geran, pinjaman bank ataupun pelabur pun berani nak melabur dengan kita.
saya baru nak start projek bela kambing. lokasi di Sri Menanti Kuala Pilah. dah deal dgn tuan tanah dan setuju untuk beri pajak 10tahun + 5 tahun (tanah adat) dengan keluasan +- 2 ekar. keadaan tanah rata, kegunaan tanah sediada kelapa sawit yang tua yang habis tempoh pajak oleh Felcra.
dengan keluasan ni berapa ekor yang sesuai dibela sebagai permulaan? dan jenis baka kambing jenis apa?
Kalau ada apa2 kursus penternakan kambing boleh share. memang berminat untuk projek bela kambing
Kalau tuan baru nak bermula, saya syorkan mula dengan 5 ekor kambing betina dan 1 ekor kambing jantan.
Pasal jenis baka tu, tuan tak boleh ikut orang. Tuan perlu jelas untuk apa tuan ternak kambing ni. Sama ada untuk dapatkan daging, susu atau dua-dua sekali.
Sebab setiap baka kambing ada nilai dekat pasaran. Tak ada jenis baka yang khusus yang boleh menjamin keuntungan.
Assalamualaikum Tuan, boleh bantu untuk dapatkan kambing Boer untuk di ternak.?